Berita & Isu Semasa

“Gadis Bond” Pertama Eunice Gayson Meninggal Usia 91 Tahun

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
“Gadis Bond” Pertama Eunice Gayson Meninggal Usia 91 Tahun

Eunice Gayson yang memainkan watak sebagai teman wanita filem perisik 007 popular James Bond untuk sekuel pertama dikhabarkan telah meninggal dunia.

Sumber: Danjaq/Eon/UA/Kobal/Rex/Shutterstock

 

Berita itu disahkan sendiri menerusi akaun Twitternya Sabtu lalu.

Memuat naik foto Eunice sambil disertai kapsyen, “Kami terharu unntuk memaklumkan bahawa Eunice kesayangan kami telah meninggal dunia pada tanggal 8 Jun”.

Aktres Britain itu  dahulu pernah berdampingan dengan bintang Sean Connery dalam dua sekuel pertama filem James Bond tahun 1962 “Dr No” dan 1963 “From Russia With Love.

Tonton Sedutan Babak Dalam Filem James Bond Lakonan Eunice Gayson

Eunice yang lahir pada 17 Mac 1928 merupakan bintang yang menempa nama di layar perak sebagai penggoda seksi dalam filem James Bond, adalah anak kelahiran sebuah perkampungan kecil Surrey di daerah England.

SUMBER 1, 2

Komen Anda