Kecantikan

Bibir Ala Gadis Korea! Ini Cara Betul Nak Pakai ‘Lip Tint’

Izzah Azizah
/
Beauty Enthusiast. Instagram: @izzahabaziz
Bibir Ala Gadis Korea! Ini Cara Betul Nak Pakai ‘Lip Tint’

Dunia K-Beauty sudah menjadi sasaran utama buat mereka yang obses tentang dunia kecantikan. Gaya solekan dan penjagaan wajah dari negara tersebut telah memberi pilihan selain dari gaya barat. Produk yang diperkenalkan juga adalah satu inovatif untuk pengguna terutamanya orang Asia.

Di Malaysia sahaja berpusu-pusu butik kecantikan dari Korea dibuka hasil dari permintaan tinggi pengguna. Produk paling popular ialah sheet mask, bedak BB Cushion dan lip tint yang dikatakan set lengkap untuk mendapatkan look bak gadis Korea. 

Penulis rasa ramai sudah tahu tentang cara penggunaan sheet mask dan BB Cushion tapi masih kurang tentang lip tint. Sejujurnya penulis tidak berapa gemar menggunakan lip tint kerana faktor warna dan cara aplikasi yang agak tricky.

Apa sebenarnya lip tint ini?

Cecair dengan warna pekat disapu pada bibir untuk mencipta ilusi kemerah-merahan bibir seperti gaya semulajadi. Warna ia tahan lama, selesa dibibir namun hati-hati jika anda mempunyai bibir kering. Ia cepat kering dan menyebabkan bibir mengelupas.

Foto – LiveInternet

Gaya bibir lip tint bukanlah seperti gincu biasa, ia dipakai memberi bentuk warna ombre iaitu pekat dibahagian dalam bibir diikuti cerah pada luar. 

Cara terbaik untuk memakai lip tint…

#1 Skrub bibir

Untuk mengelakkan dari bibir mengelupas atau warna lip tint tidak serata, bersihkan bibir anda dari sebarang kulit mati atau kotoran tertinggal. Ini supaya permukaan bibir lebih lembut serta memudahkan aplikasi lip tint.

Foto – Lush

#2 Pakai lip balm

Mana-mana langkah sekalipun untuk memakai gincu, lip gloss atau lip tint, penulis sarankan untuk anda memakai lip balm. Cara ini untuk beri hidrasi pada bibir dan menjadikan warna lip tint lebih naik serta samarata.

Foto – The Impact

#3 Cipta ombre 

Sapukan lip tint pada seluruh bibir dengan ringan untuk mencipta warna bahagian luar. Kemudian oles pekat pada bahagian tengah bibir. Ratakan warna pekat tersebut menggunakan jari dengan pergerakan keluar.

Foto – beautymnl.com

Sama seperti ilusi kening tegak, gaya bibir sebegini beri kesan wajah pemakai lebih comel, innocent dan sesuai untuk solekan no makeup.

RUJUKAN 

Komen Anda