Cinta & Perhubungan

7 Perkara Lelaki Nak Wanita Henti Lakukan Sekarang Juga

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
7 Perkara Lelaki Nak Wanita Henti Lakukan Sekarang Juga

Wanita senang melihat “kesalahan” yang dilakukan wanita lain. Sama ada dari segi mekap, pakaian, tudung, gaya rambut mahupun tutur kata, kalau ada yang cacat di mata mereka terus sahaja mengerutkan dahi tanda tidak puas hati.

Tetapi bagaimana dengan lelaki? Adakah mereka juga sebegini atau memang langsung tidak memahami hal fesyen atau perkara-perkara feminin?

Tapi menerusi pemerhatian penulis, lelaki juga tidak menyukai beberapa faktor ini berlaku pada wanita.

#1 Dandanan rambut yang ekstrem

Tak perlu dandanan rambut yang sarat dengan bertocang, bersanggul kerana lelaki tak pandang itu semua.

Foto – ew.com

Percayalah, kebanyakan lelaki lebih suka bila wanita membiarkan rambut panjang atau pendek begitu sahaja, lembut dan bermaya, bukannya keras akibat semburan.

#2 Berpuluh lapisan mekap

Rasanya bukan lelaki sahaja yang geli bahkan penulis juga tidak gemarkan solekan tebal di wajah, rasa berat semacam.

Foto – Pinterest

Foundation digunakan untuk menyembunyikan ketidaksempurnaan, garis halus dan kecacatan. Walaubagaimanapun, ia perlu digunakan sebagai lapisan yang nipis, berlebihan boleh menjadikannya kelihatan seperti tepung gomak, bercapuk bahkan mencacatkan lagi penampilan.

Ingat, less is always more!

#3 Nafas berbau dan gigi kuning

Rasanya ini bukan sahaja lelaki tak suka tapi yang perempuan juga. Siapa sahaja yang suka kalau nafas mereka berbau dan gigi kuning, kan?

Foto – Pinterest

Gigi kuning dan nafas berbau membuatkan seseorang tidak menarik. Anda harus menyedari punca masalah itu – mungkin disebabkan terlalu banyak minum kopi, merokok dan pelbagai lagi. Untuk atasinya, cuba gunakan ubat gigi pemutihan dan floss gigi setiap kali makan bagi membuang segala kotoran dan bakteria yang ada di dalam mulut.

#4 Bibir hitam

Gincu adalah alat yang hebat untuk menjadikan bibir anda lebih cantik. Tetapi berhati-hatilah, jika disalah gunakan, ianya akan membuatkan bibir anda bertambah buruk sehingga lelaki geli melihatnya.

Foto – Huffington Post

Nasihat penulis, apabila keluar makan malam, gunakan gincu yang tidak keterlaluan warnanya sebagai contoh peach, merah jambu, merah atau nude. Warna gincu gelap mempunyai kecenderungan mengerikan ke gigi semasa anda bercakap atau makan – bukan pemandangan yang menyenangkan bagi mereka yang melihat.

#5 Haruman yang melampau

Sentiasa berpada-pada bila menyembur minyak wangi, takut menyesakkan hidung orang sekeliling.

Foto – Colourbox.com

Cara Wanista, anda letakkan beberapa titik di leher, belakang telinga dan pergelangan tangan untuk mengekalkan haruman berpanjangan.

#6 Mekap di khalayak umum

Tahukah anda lelaki sebenarnya kurang gemar melihat kesayangan mereka sibuk mekap dan touch up di depan khalayak ramai.

Foto – The Spruce

Setiap kali sebelum keluar, pastikan dahulu anda siap mekap cantik-cantik dan apabila ingin touch up sekalipun, pergilah ke tandas, baru nampak manis.

#7 Kurang penjagaan badan

Kuku tidak bersih, kaki berbulu dan ketiak yang tidak dicukur boleh membuatkan lelaki turn-off.

Foto – Nylon

Kebersihan diri yang buruk tidak dapat disembunyikan dengan solekan dan pakaian yang cantik.

Aduhai cerewetnya lelaki ni. Apa kata lelaki pun jaga diri juga, barulah sama-sama segak dan bersih!

RUJUKAN

Komen Anda