Info Menarik

Kantoi! 8 Rancangan Realiti TV Popular Yang Sebenarnya Dah Dirancang

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Kantoi! 8 Rancangan Realiti TV Popular Yang Sebenarnya Dah Dirancang

Tanpa sedar, kita khayal mencipta angan seolah kita wujud dalam hiburan yang ditonton. Namun tahukah kamu mungkin telah dipermainkan?

Mati-mati kita percaya bahawa rancangan realiti televisyen popular seperti Mencari Cinta yang disiarkan di TV3 sekitar tahun 2005 dahulu adalah benar belaka namun… jika difikir logik, ia seolah telah dirancang oleh pihak penerbitan di mana, telah ditokok tambah dengan dialog serta babak yang perlu dilakonkan individu terlibat agar kelihatan menarik untuk mendapatkan rating tontonan tinggi. Biarpun kelihatan realistik, ini lapan lagi siri realiti televisyen pujaan ramai yang sebenarnya sudah dirancang.

#1 Keeping Up With The Kardashians

Sumber: Pinterst

Tanpa segan silu, keluarga ini sanggup membiarkan kamera meneropong kehidupan seharian mereka. Siapa yang tidak kenal dengan keluarga gah ini? Daripada bintang realiti TV biasa hinggalah bergelar sosialit dan selebriti A-list, selama lebih 14 musim ia mendapat tempat di hati penonton namun hakikatnya, semuanya berlandaskan skrip dan telah dirancang.

#2 Catfish

Merupakan siri realiti televisyen original terbitan MTV, Catfish menceritakan tentang dua orang lelaki iaitu Nev dan Max yang bertanggungjawab menyelesaikan kes penyamaran atas talian. Tak dinafikan, jalan ceritanya menarik menampilkan kes-kes yang berlainan setiap minggu namun semuanya telah dirancang. 

#3 Cake Boss

Buddy Valastro memegang watak utama sebagai pembikin kek paling mahsyur yang mampu mencipta pelbagai bentuk kek gergasi dalam masa kurang lebih 24 jam. Dalam siri Cake Boss ini, penonton akan melihat usaha Buddy menyiapkan kek yang ditempah para pelanggannya dan apa yang menakjubkan kebanyakan rekaan keknya adalah bersifat unik.

Namun begitu, mereka sebenarnya sudah siap-siap membuat bahagian-bahagian kek tertentu dan tidak semua langkah pembuatan kek ditonjolkan di kaca TV.

#4 Survivor

Dulu memang ramai yang obses dengan siri realiti televisyen yang ini, namun siapa sangka pengembaraan berkumpulan yang memperlihatkan beberapa individu harus bertarung nyawa untuk menjadi pengembara paling hebat di samping menyelesaikan beberapa cabaran setiap minggu ini… ramai yang tak percaya bagaimana peserta boleh meneruskan hidup selama berbulan-bulan tanpa sumber makanan dan minuman yang ideal baik di dalam hutan atau di tepi laut kan? Yup, semuanya lakonan semata-mata.

Sumber: CBS

#5 Project Runway

Merupakan siri realiti yang mencari bakat-bakat pereka fesyen baharu untuk menyerikan arena fesyen antarabangsa, ternyata rancangan yang dihoskan oleh Heidi Klum ini juga sudah dirancang biarpun semuanya kelihatan realistik.  

Sumber: rykoszetka.com

#6 The Apprentice

Sebelum bergelar Presiden Amerika, siapa tak kenal dengan jutawan Donald Trump. Mempunyai empayar perniagaan yang besar, siri realiti The Aprrentice menampilkan beberapa calon terbaik yang berentap untuk diserap masuk dan bekerja di bawah syarikat naungannya. Selepas beberapa musim, ternyata semuanya hanyalah lakonan semata dan juga dirancang mengikut skrip.

Sumber: people.com

#7 America’s Next Top Model

Beberapa orang gadis akan berebut untuk dinobatkan sebagai supermodel paling hebat dan menempa nama dalam industri fesyen antarabangsa. Diterbitkan dan dihoskan oleh peragawati ternama Tyra Banks, apa yang kamu lihat di televisyen sebenarnya hanyalah drama semata. Seorang peserta pernah menceritakan betapa kehidupan mereka di rumah model sebenarnya tidaklah segah yang penonton sangka bahkan mereka cuma berkesempatan bertemu dengan Tyra cuma sekali seminggu. Oh well.

Sumber: exstreamist.com

#8 Mystery Diners

Kononnya seorang penyiasat akan mengelolakan siasatan ke atas beberapa restoran terpilih yang disyaki telah dimanupulasikan oleh orang dalam kerana mengalami keuntungan merundum. Penyiasatan dilakukan dengan menghantar pelanggan misteri serta pekerja baharu yang menyamar dan mencari dalang yang telah menyebabkan kerugian restoran. Kamera CCTV juga dipasang di setiap restoran untuk mengintip perlakuan para pekerja. Siapa sangka, semua ini juga telah dirancang mengikut skrip.

Ada yang rasa tertipu tak? Tak kisahlah… asalkan kita rasa seronok menonton kan… ❤

RUJUKAN 1, 2, 3

Komen Anda