Walaupun kini menyandang jawatan tertinggi sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, Haji Mohamad Bin Sabu atau lebih mesra disapa Mat Sabu masih lagi aktif didapur.
Beliau yang dahulu bekas pelajar UiTM dalam jurusan kulinari tidak pernah betah dalam menyediakan pelbagai juadah. Jika dilihat melalui akaun Facebook rasmi Mat Sabu memang ada sahaja aktiviti memasak yang beliau sediakan.
Tular di media sosial apabila seorang wanita telah mendapat resepi gulai ikan iaitu antara menu yang paling sedap dari Mat Sabu. Apa yang lebih menarik, resepi yang dikongsi oleh Zalina Yahya itu diperoleh dari kenalan rapatnya dan ditulis sendiri oleh Mat Sabu!
Jika anda ingin mencuba resepi gulai ikan dari Menteri Pertahanan kita, catit dan ikuti bahan serta langkah memasak dibawah:
Bahan-bahan:
Ikan kerapu / jenahak / gerut / merah / siakap, siang dan dibasuh bersih
2 paket rempah kari ikan Baba’s pedas (tak perlu pedas pun tidak mengapa), dibancuh air
5 ulas bawang bawah putih dihiris
6 ulas bawang merah dihiris atau ditumbuk
2 bawang besar dipotong nipis
Air asam jawa
Terung / bendi / tomato sebagai hiasan
Bahan tumis:
Jintan putih
Halba
Biji sawi
Daun Kari
Hirisan bawang putih dan bawang merah
Cara memasak:
Panaskan minyak dan tumis bahan sehingga wangi.
Masukkan serbuk kari ikan Baba’s yang dibancuh. Tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan hirisan 2 biji bawang besar dan bahan hiasan. Masak sehingga lembut.
Masukkan air asam jawa.
Masukkan ikan, masak sehingga kuah mengelegak. Tambah perasa garam dan perasa ikan bilis Knorr.
Siap untuk dihidangkan.
Mudah sangat nak ikut resepi dari Menteri Pertahanan kita ini dan juadah juga sesuai untuk makan tengahari atau malam. Buat orang-orang bujang kat luar sana, rasanya ini resepi gulai yang paling senang anda boleh ikut.
Terima kasih Mat Sabu! Dan selamat mencuba!