Susah ya kalau jadi orang cantik memang akan jadi perhatian ramai, lebih lagi dengan orang yang memiliki kelainan tapi dizahirkan sebagai cantik.
Anugerah tuhan apabila punya ‘aksesori’ yang luar biasa dan pastinya menjadi pemikat hati, begitulah kepada mereka yang mempunyai lesung pipit atau warna mata indah. Katanya itu adalah cacat yang cantik.
Selain lesung pipit, warna mata yang bercampur menjadi suatu tarikan pandangan. Ia biasanya didominasi oleh orang-orang barat atau Eropah. Mungkin sebelum ini nama Heterochromia kurang didengari, ia adalah sindrom warna yang biasanya terjadi pada iris mata api juga pada kulit dan rambut.
Heterochromia terbahagi dari tiga jenis dimana ada mata berlainan warna antara satu sama lain, bahagian pupil mata terbentuk warna berbeza dari iris atau pupil mata mengeluarkan pelbagai radiasi warna. Faktor terjadinya Heterochromia ditentukan dari kontrasi melanin (pigmen) biasanya dari genetik atau kecederaan yang pernah berlaku.
Kalau anda berasa sukar percaya untuk melihat mata seorang manusia memiliki Heterochromia, mari Wanista senaraikan beberapa selebriti antarabangsa yang memiliki mata bak kaca keemasan.
Benedict Chumberbatch
Mungkin anda lihat biasa tapi warna mata pelakon Dr. Stranger dan Sherlock ini adalah adunan dari warna biru, coklat dan hijau.
Mila Kunis
Isteri kepada aktor Ashton Kutcher ini mempunyai warna mata paling cantik. Pada sebelah kanan warna hijau manakala warna coklat hazel pada mata kiri.
Kate Bosworth
Seperti mata kucing, warna coklat pada sebelah mata kanan dan kiri pula warna biru penuh.
Henry Cavill
Jika dilihat secara kasar pada mata sebelah kiri Henry terdapat sedikit tompokan coklat pada mata biru kirinya.
Alice Eve
Dua-dua warna beliau ada! Lagi seorang mata macam kucing, sebelah biru dan lagi sebelah hijau.
Josh Henderson
Aktor dari drama bersiri The Arrangement juga punya mata warna hijau dan biru.
Demi Moore
Galaknya mata dia, memang besar dan menarik. Warna mata yang dimiliki oleh aktres senior ini coklat hazel pada mata kanan dan hijau disebelah kiri.
Simon Pegg
Sama seperti Henry Cavill, pelawak Simon Pegg punya tompokan coklat pada mata biru kanannya.
Olivia Wilde
Berbeza dengan yang lain, warna mata Olivia Wilde ialah warna hijau yang dikeliling warna biru. Menakjubkan.
Iyalah, biasanya warna mata yang berbeza ini hanya nampak pada haiwan seperti kucing dan anjing.