Di minggu-minggu terakhir sebelum raya ni, mulalah banyak iklan dan seleksi filem pendek bertemakan suasana lebaran diterbitkan untuk tontonan umum.
Jika dahulu orang memeriahkan suasana raya dengan lagu-lagu riang yang berkumandang di corong radio serta pembesar suara di gedung-gedung membeli-belah. Namun, seiring teknologi yang semakin maju, dengan hanya satu klik menerusi telefon pintar dan peralatan elektronik umumnya… kita dapat menonton video dan itu lebih memberi kesan yang nyata kepada jiwa betul tak?
Untuk semua, Wanista hidangkan 10 iklan dan filem pendek raya paling menarik tahun 2018 untuk kita jiwai bersama!
#1 HABIB: Dalam Hati Opah
Ini antara iklan raya ‘berhabuk’ untuk tahun ni. Seorang opah harus berkorban dalam membesarkan cucu yatim piatu, Amir. Sampailah suatu hari, kesempitan hidup melanda memerlukan opahnya menggadai cincin emas kesayangan. Part mana korang akan nangis? Apa yang cucu dia buat memang unexpected!
#2 Mimpikita feat. Vivy Yusof: The Perfect Raya OOTD
Sumpah ini iklan raya paling COMEL! Tengoklah siapa yang kena jadi cameraman yang ambil OOTD raya diorang ni. Haha!
#3 Wonder Cheese: Menunggu Ajal
Mula-mula rasa isteri dia ni memang kurang ajar sebab tak hormat suami tapi… at the end, korang mesti akan sayu tengok nasib yang menimpa si isteri ni. Plot twist! Wajib tengok sampai habis. Confirm meleleh air mata…
#4 Tenaga Nasional Berhad (TNB): Rumah Epik Fantastik
Rasanya dah dua tahun berturut-turut TNB sapu untuk “Iklan Raya Paling Viral”. Iklan ni menggambarkan suasana beraya di kampunng yang pastinya semua orang pernah rasai. Kelakar habis! Watak Arif ni memang patut diberi kredit tau… Seminggu dia tak ada privacy haha
#5 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL): Janji Amin
Boleh tahan sedih juga iklan raya DBKL ni. Dapat pula Syafie Naswip jadi hero, alahai… tengok dia menitis air mata sambil teresak, kita pun nak nangis sama. Cerita bila sang anak tak dapat balik ke kampung sebab tanggungjawab dan amanah sebagai penjaga keamanan jalan raya…
https://www.youtube.com/watch?v=vKy_Y7Hq1l8
#6 Hong Leong Bank: Abah Tak Bagi
Sumpah iklan ni buat mata penulis berkaca! Mula-mula memang lucu tengok gelagat budak perempuan ni express ketidakpuasan hati terhadap ayah dia yang kedekut, tapi lepas tahu niat ayah dia yang suci lagi murni tu… sedih pula.
#7 Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM): Sampai Hati Kau!
Sedikit-sebanyak memberi intipati moral buat penonton. Betul kata orang, “Kesetiaan perempuan diuji bila lelaki tidak punya apa-apa dan kesetiaan lelaki pula diuji bila dia punyai segalanya”.
#8 Lazada: Buah Hati Raya
Definisi #relationshipgoals yang sebenar!!!
#9 Telekung Siti Khadijah: Cerita Ruby & Ibu Mertua
Iklan ni pun guna medium plot twist. Siap-siapkan tisu ya. Sebab tu orang cakap, kalau nak marah anak-anak, jangan depan mak abah kita sebab takut diorang terasa hati pula nanti.
#10 Traveloka: Kuih Habuk Mak
Simple tapi sweet. Kita makanlah apa pun tapi air tangan mak juga yang paling sedap kan? Macam lelaki dalam iklan ni, hari-hari tak berhenti menghadap kuih Samperit mak dia… Haha tengok last scene!
So, apa perasaan korang lepas tengok iklan-iklan raya tahun ni? Untung-untung, hiburan macam nilah yang boleh cipta aura dan semangat untuk kita sambut Aidilfitri kan…
Semoga terhibur dan Selamat Hari Raya! ❤