Mengenal A B C dan 1 2 3 adalah perkara asas tapi membaca membuka minda kepada dunia yang lagi luas ini. Banyak perkara dan ilmu yang boleh dipelajari melalui membaca. Malah, dalam agama Islam sendiri diceritakan wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad menyeru supaya ‘Iqra’ iaitu membaca.
Ramai yang mengenal erti moral, kehidupan dari sebuah buku yang mempunyai pelbagai kisah tauladan boleh diambil contoh. Memupuk budaya membaca dikalangan anak-anak biarlah mula dari sejak kecil supaya tidak leka dengan aktiviti yang kurang berfaedah.
Senang sekali untuk penulis kongsikan beberapa buku cerita sesuai untuk anak-anak dalam Bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa yang tidak sukar dan boleh difahami khasnya untuk anak yang masih bertatih dalam Bahasa Inggeris.
# Koleksi Enid Blyton
Buku-buku cerita dari tulisan Enid Blyton pernah membuat penulis terleka membaca. Pelbagai genre yang diperkenalkan seperti misteri, magik, kembara, kekeluargaan dan banyak lagi. Setiap cerita dari Blyton memberi tauladan dan kisah yang boleh dikaitkan dengan dunia realiti. Buku-buku cerita Enid Blyton adalah antara yang terbaik di dunia dan merupakan bestselling dengan 600 juta cetakan buku.
# Koleksi Ladybird
Tak terbilang rasanya banyaknya pilihan buku cerita dari Ladybird. Buku-buku cerita Ladybird diklasifikasi sebagai buku cerita klasik yang lebih kepada norma masyarakat. Ia juga sesuai dibawa kemana sahaja kerana bersaiz poket kecil. Jika anda inginkan koleksi buku Ladybird cari sahaja diatas talian kerana ia ada dijual secara preloved.
# Koleksi Oyez!
Dari syarikat penerbitan Oyez! yang memperkenalkan pelbagai buku cerita kanak-kanak dari Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Menariknya koleksi buku Bahasa Inggeris dari Oyez! mengumpulkan kisah-kisah tempatan dan Asia dalam Bahasa Inggeris seperti Legendary Princesses of Malaysia. Ilustrasi dari kumpulan karya ini juga sangat menarik dan tidak keterlaluan, senang sekali membaca beserta karakter kartun yang comel dan Anda boleh dapatkan koleksi buku cerita dari terbitan Oyez! https://www.oyezbookstore.com/ atau di kedai buku terpilih.
Didiklah anak-anak kita menjadi masyarakat yang menyayangi buku dan ilmu sebagai pelita hidup.