Kecantikan

6 Krim Tegangkan Kulit Wajah Yang Paling Wanista Suka

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
6 Krim Tegangkan Kulit Wajah Yang Paling Wanista Suka

Memang bertuah rasanya bila dapat memiliki raut wajah baby face. Yelah, orang kata seperti tak dimakan usia tapi anda jangan lupa tanda-tanda penuaan tidak mengikut apa raut anda. Kalau dah meningkat usia jadi bersiap-sedialah untuk ucapkan ‘selamat datang kedutan’. 

Tanda penuaan yang biasa mengusarkan orang perempuan ialah garis kedutan dan kulit wajah mula kendur. Dua perkara ini perlu dititikberatkan bila umur sudah mulai masuk 30 dan 40 tahun keatas. Sewaktu itu kadar kolagen dan elastik kulit mulai berkurangan dan menyebabkan wajah kelihatan ‘jatuh’.

Jadi buat anda yang tak mahu tampil tua dari umur, bermula dari sekarang amalkan penggunaan krim atau serum yang dirumuskan untuk menganjalkan kulit. 

#1 Clarins Lift Affine Visage Serum

Foto – Dr Siew Tuck Wah

Memang terasa tegangnya! Penulis telah mencuba sendiri serum pekat dari Clarins iaitu Lift-Affine Visage atau Shaping Facial Lift ini. Penggunaan serum ini mempunyai urutan tersendiri untuk produk menjadi lebih berkesan. Bahagian tulang pipi dan rahang anda lebih menonjol dari biasa dan wajah tampil lebih runcing. Serum dari Clarins ini cepat meresap dan tidak langung terasa melekit pada wajah. Penulis memang sangat in love dengan produk ini!

#2 Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream

Foto – Saving with Shellie

Sejak dari dulu jenama kecantikan Olay memang sudah terkenal dengan tagline ‘ageless’. Krim pelembab Olay dikatakan mampu mengurangkan kedutan dalam masa satu hari sahaja! Formula baru juga digunakan bagi meningkatkan semula sel-sel kulit untuk kesan anjal dan tekstur kulit lebih elastik. Menariknya lagi, krim ini bebas pewangi sekaligus tidak memberi sebarang iritasi dan sesuai untuk semua jenis kulit. 

#3 Origins Plantscription Powerful Lifting Cream

Foto – John Lewis

Penulis sukakan produk penjagaan wajah berasaskan bahan semulajadi seperti dari Origins. Krim siang ini diperoleh kebaikan dari tumbuhan Anogeissus dan Commiphora dimana ia paling berkuasa menganjalkan kembali kulit anda dan menaikkan semula struktur kontur wajah. Ia juga berfungsi sebagai pelembab yang memberi keberkesanan selepas 2 minggu.

#4 L’oreal RevitaLift Laser X3 Day Cream

Foto – Calyxta

Selain Olay, L’oreal juga jenama yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan. L’oreal RevitaLift Laser X3 Day Cream diformulasi dengan bahan aktif seperti pro-xylane, hyaluronic acid dan LHA sebagai kawalan struktur kontur wajah, mengurangkan kedut dan melicinkan kulit. Rata-rata dari pengguna yang membuat ulasan di Beauty Heaven semuanya mengagumi krim halus dan tidak melekit ini. 

#5 Laneige Time Freeze Intensive Cream EX

Foto – Laneige

Krim lembut dari jenama Laneige memperkenalkan teknologi Dynamic Collagen_EX yang dikatakan mampu perbaiki kolagen lama menjadi lebih muda dan tegang. ‘Time Freeze’ ini juga bantu melewatkan tanda penuaan dan meningkatkan kesihatan kulit. Kalau anda sudah berumur 30 tahun tapi hendak kulit tegang bak Song Hye Kyo (bekas duta Laneige) nah pilih Time Freeze dari Laneige. 

#6 Hada Labo Retinol Firming Cream

Foto – Hada Labo

Jangan ingat produk Hada Labo hanya untuk melembabkan kulit wajah dengan Hyaluronic Acid. Dari rangkaian Hada Labo Retinol Firming Cream ia mengembalikan keremajaan kulit dengan sumber Elasgrow dan soya yang telah ditapai. Kadar kolagen dalam kulit lebih tinggi dan produksi elastistik menguatkan lagi untuk kulit lebih bermaya dan berseri. Krim ini bukan sahaja memperbaiki, malah melindungi kulit dari sebarang bahaya radikal bebas. 

Ada 6 pilihan yang Wanista berikan kepada anda, jadi pilih yang mana paling sesuai dengan jenis kulit anda dan yang paling penting bajet. Selamat mencuba! 

RUJUKAN 1, 2, 3 & 4

Komen Anda