Berada dalam hubungan cinta memang mengasyikkan dan indah. Setiap perhatian dari si dia sangat bermakna serta sering membuatkan anda mengukir senyuman. Namun timbul juga rasa takut akan kehilangan, iyalah kita tidak boleh pasti dengan semua ini kerana cinta umpama perjudian.
Anda mahukan dia menjadi terakhir tapi tidak begitu pasti? Wedding.com.my ingin membantu anda dengan menyenaraikan adakah si dia yang tepat untuk diri anda…
# Tulang belakang anda
Dia bukan sahaja buat anda gembira tapi beri sokongan dalam apa jua keputusan anda. Saat anda jatuh dan rasa putus asa, si dia tak pernah lelah untuk berikan kata-kata motivasi. Dalam pada masa yang sama anda sentiasa merasakan aura positif bila dengan si dia. Percayalah bersama insan sebegini membantu anda untuk berfikir lebih baik mental dan fizikal.
# Bukan sekadar sentuhan
Budaya sekarang lebih bebas memilih untuk melakukan hubungan seks tanpa cinta kecuali anda sendiri merasakan ia sesuatu yang eksklusif. Hubungan yang benar-benar terjamin bukan sahaja pada tarikan fizikal (seks) namun lebih dari itu. Ia berkenaan masa depan bersama yang jauh lebih panjang erti kata lain banyak lagi difikirkan selain hubungan satu malam. Jadi adakah anda dan si dia sudah pun menyoalkan perkara-perkara tersebut?
# Anda kenal si dia sebaiknya
Cinta muda memang cantik, lawa dan harum. Itulah yang anda nampak pada pasangan pada awal hubungan tapi lama-kelamaan ia mula pudar. Serba-sedikit anda akan kesan kekurangan pasangan dan pada saat inilah hubungan diuji. Tidak semestinya berlaku percangahan dalam hubungan ia bermakna ia perlu berakhir. Namun ketika inilah untuk anda serta si dia mengenali lebih dalam siapa diri sendiri. Pastikan anda mempunyai personaliti yang sesuai dan tidak bercanggah dengan si dia.
# Tidak hipokrit
Anda tidak leka dalam kepura-puraan dan bebas menjadi diri sendiri serta tidak malu untuk tonjolkan identiti anda pada si dia. Malah si dia juga seronok dengan siapa diri anda dan seronok untuk membawa bersama-sama teroka aktiviti luar. Anda boleh melakukan apa jua anda mahukan tanpa perlukan izin dia. Ini menunjukkan anda dan si dia mempunyai hubungan sihat dan bentuk kepercayaan yang sangat kuat. Dua faktor ini amat baik untuk hubungan jangka panjang.
Jangan cepat teruja jika si dia mendapat memenuhi 100% seperti diatas kerana manusia boleh berubah dan berbeza-beza. Dari tips diatas anda boleh melihat keseluruhan hubungan anda dan si dia, adakah ia hubungan yang sihat atau sebaliknya? Manalah tahu, pengakhirannya mungkin anda ‘menjadi’ dengan dia.
Jika anda cukup bertuah bersama si dia serta bakal menyarung cincin, lawati Wedding.com.my untuk pelbagai inspirasi dan tips perkahwinan. Disitu juga anda boleh menguruskan rancangan majlis secara percuma dan tanpa tekanan!