Rata-rata kita menganggap seseorang selebriti itu mampu kelihatan cantik sempurna 24/7 kerana wang yang dimilikinya. Bak kata orang “Kalau ada duit, semua pun boleh jadi”. Pembedahan plastiklah, suntik kolagenlah, botoks lah, memanfaatkan rawatan salon bertaraf lima bintang lah dan macam-macam lagi.
Tetapi, tahukah kamu ada di antaranya yang cuma menggunakan produk sendiri untuk menjaga kesejahteraan dan kecantikan fizikal dari dalam? Ini Wanista kongsikan lima selebriti popular Hollywood yang sebenarnya cuma guna produk kecantikan keluaran sendiri untuk kekal mempersona.
#1 Miranda Kerr @ Kora Organics
Wanita mana yang tak cemburu lihat kecantikan asli supermodel ini? Ternyata Miranda Kerr memanfaatkan rutin kecantikannya dengan produk yang dibangunkannya sendiri dipanggil Kora Organics.
Semuanya berasaskan khasiat buah mengkudu serta pelbagai buah-buahan dan herba lain yang mengandungi anti-oksidan tinggi seperti minyak biji delima dan minyak rosehip. Nak try? Di Sephora pun ada jual.
#2 Salma Hayek @ Nuance
Dari rangkian mandian, penjagaan kulit hinggalah kepada kosmetik, Salma Hayek rupanya selama ini banyak menggunakan produk kecantikan keluarannya sendiri yang bernaung di bawah nama Nuance. Kata orang item kosmetiknya mampu beri solekan cantik pada kulit terutamanya buat yang berkulit gelap. Patutlah beliau sentiasa kelihatan glowy. Rambutnya pun cantik!
#3 Jessica Alba @ Honest Beauty
Siapa sangka bintang 37 tahun ni masih kelihatan manis seperti anak dara sunti! Rahsianya? Rutin harian Jessica Alba adalah untuk menyapu minyak origanik ini ke permukaan wajah sebelum bersolek. Kaya dengan vitamin E kesemua produk dalam rangkaian Honest Beauty adalah vegan. Ini termasuklah pencuci wajah, koleksi kosmetik, krim muka dan banyak lagi.
#4 Drew Barrymore @ FLOWER
Walaupun usianya semakin meningkat, keadaan itu tidak menghalang primadona ni menjadi cantik setiap kali berada di hadapan khalayak. Katanya, Drew Barrymore banyak menggunakan produk mekapnya sendiri yang diberi nama FLOWER. Jelas sekali, beliau senang menggunakan gincu sebagai pemerah pipi.
#5 Eva Mendes @ Circa Beauty
Nampaknya Eva selesa mengenakan solekan mata dramatik serta bergincu nude menggunakan mekap keluarannya. Diberi nama Circa, khabarnya ia dijual di farmasi serta gedung kesihatan biasa-biasa je tau. Menurut Youtuber popular, Tati, produk mekap Circa Beauty ini mempunyai kualiti setanding rangkaian Tom Ford Beauty.
Bagi kamu, berbaloi ke beli produk-produk keluaran selebriti ni?