Sebelum ini, makanan tradisi kita iaitu Rendang Ayam pernah dikritik kerana menurut chef antarabangsa bernama John Torode yang menjadi salah seorang juri dalam MasterChef UK itu haruslah bertekstur rangup. Walhal, bagi orang kita yang sudah biasa dengan hidangan itu, kita semua tahu bahawa masakan Rendang tidak pernah sekali pun menggunakan sebarang ayam atau ramuan yang bertekstur ranggup.
Hal itu membuatkan ramai orang Asia terutamanya kaum Melayu dan Indonesia naik bengang kerana beliau sanggup memprotes hasil olahan Rendang oleh seorang berserta asal Malaysia, Zelaha Kadir Olphin.
Hal itu membuatkan penulis tertarik untuk mencari beberapa hidangan rendang lain yang boleh dianggap pelik. Apakah ada rendang yang bertekstur ranggup dalam senarai aneka Rendang terpelik ni? Jom kita tengok!
#1 Rendang Telur
Pernah ke kamu rasa Rendang Telur ni? Jangan keliru kerana ia bukanlah berasaskan telur rebus atau telur goreng. Rendang Telur merupakan kompinasi telur dan tepung ubi kayu yang diuli menjadi doh sebelum digoreng garing menjadi kerepek… kemudian, barulah ia dibuat masakan rendang. Hmm, yang ini mungkin sesuai dipanggil “Rendang Crispy”!
#2 Rendang Paku-Pakis
Lazimnya paku-pakis dibuat masak lemak atau tempoyak, tetapi lain pula dengan masakan asal Indonesia ini kerana ia mungkin boleh digelar “Rendang Vagetarian” kerana berasaskan ulam paku-pakis. Menurut sumber, rendang ini akan dimasak hingga kering. Menarik!
#3 Rendang Belut
Wow! Bagi sesiapa yang gemar masakan ikan lele atau belut, mereka pasti tertarik untuk mencuba Rendang Belut ni. Nampaknya seperti hidangan ini cuma berasakan isi ikan hancur yang sudah dibersihkan tanpa tulangnya. Meleleh pula air liur admin tengok… Walaupun admin sebenarnya bukan pemakan ikan. Hehe
#4 Rendang Maco
Maco menurut kamus Indonesia adalah sejenis ikan masin yang kemudian diramu menjadi rendang. Cuba bayangkan gaul rendang ikan masin ni dengan nasi panas yang baru masak tu, nikmatnya!!!
#5 Rendang Jering
Ha…rasanya tak pernah dibuat orang kita ni. Kalau ada nenek atau mak korang yang suka makan ulam seperti petai dan jering, bolehlah suruh mereka cari resepi Rendang Jering ni. Confirm bertambah-tambah nasi diorang makan nanti.
#6 Rendang Jantung Pisang
Siapa sangka jantung pisang rupanya boleh dimasak rendang! Biasanya rendang ni akan dimasak basah berkuah. Mungkin lebih enak dimakan begitu dan sesuai dijamah dengan nasi.
#7 Rendang Pucuk Ubi Serunding
Siapa yang tak suka makan serunding betul tak? Sedap betul rasa bila tergigit cebisan-cebisan daging halus yang kaya dengan perisa rempah tu. Digabung pula untuk mejadi rendang bersama pucuk ubi. Lagilah enak terasa.
#8 Rendang Siput
Rasanya orang pendalaman memang makan siput babi ni. Lagi-lagi belah Indonesia dan Sabah, Sarawak sana. Jangan tak tahu, Rendang Siput ni wujud tau. Kata orang tekstur dagingnya rasa macam ayam tapi kenyal sendikit. Petua untuk masak Rendang Siput ni korang perlu rebus dulu daging siput tu sehingga 1 jam sebelum membuat rendang. Cengkerangnya jangan diambil sekali pula.
Ada mana-mana hidangan rendang ni buat kamu terliur? Selamat mencuba! ❤