Memang teruja kalau dapat bermalam di hotel, apatah lagi kalau yang berstatus tiga bintang ke atas.
Kalau penulis perkara pertama sekali yang penulis akan periksa ialah dekorasi bilik dan bilik air hotel begitu juga dengan kelengkapan yang diberikan.
Bermalam di hotel selama satu malam memang tak pernah cukup tapi pernahkah anda mengalami rasa kurang sihat selepas menginap di hotel?
Mungkin pernah dan biasanya anda akan fikir mungkin kerana keletihan dari perjalanan jauh. Selain faktor itu anda juga harus tahu kebersihan dari bilik hotel juga boleh menjadi punca utama kesihatan terjejas dari balik bercuti.
# Remote TV
Bakteria boleh berpindah melalui sentuhan tangan yang telah dicemari dengan makanan, kotoran dari badan, habuk dan bermacam lagi. Jadi pastikan anda sentiasa basuh tangan atau pakai hand sanitizer sebagai salah satu cara membasmi kuman dari merebak ditangan anda.
# Katil
Seronok dapat bergolek diatas tilam yang empuk lebih lagi kalau sudah di on penghawa dingin. Memang hendak berselimut sepanjang masa tapi anda kena tahu terdapat banyak kumpulan hama dan habuk sudah meliputi diatas katil tersebut. Padahnya anda akan mula mengalami gatal badan, sakit tekak, terbersin dan mata berair.
# Karpet
Satu lagi tempat paling senang habuk terkumpul ialah di karpet. Tak kiralah karpet dirumah atau hotel memang sama sahaja. Jika anda membawa anak-anak, jangan sekali biarkan si kecil untuk berbaring diatas karpet. Pakai selipar yang disediakan untuk mengelak kaki anda dijangkiti kulat yang terkumpul dicelah karpet.
# Bilik Air
Tempat paling senang bakteria membiak dan tercemar. Periksa dahulu keadaan bilik air sebelum digunakan terutamanya tandas. Dari pengalaman penulis sendiri, penulis pernah menginap hotel dimana tandas tidak dibersihkan sebaiknya. Masih terdapat gumpalan rambut pada penutup lubang air. Memang spoil mood tau!
Ingat semasa bercuti pun kena jaga kebersihan. Kerana kebersihan juga menjamin kesihatan yang baik.