Awal minggu ini, Ariana Grande dilaporkan menemui cinta hati baru dengan seorang comedian. Semalam, tular di media sosial dengan khabar angin bekas ratu cantik Priyanka Chopra dikatakan sedang hangat bercinta dengan penyanyi Nick Jonas. Tetapi benarkah berita tersebut?
Berita percintaan mereka “disahkan” oleh US Weekly menerusi sumber terdekat dan dilaporkan ianya masih baru.
“Mereka sangat secocok dan saling meminati satu sama lain,” kata seorang sumber kepada US Weekly.
Priyanka yang berusia 35 tahun dan Nick 25 tahun sebelum ini hadir bersama ke Met Gala. Bercakap tentang perkara yang sama di Jimmy Kimmel, Priyanka merasakan Nick seorang lelaki yang baik dan cool.
“Ya, kami berada di meja yang sama dan kami sudah mengenali antara satu sama lain,” kata Chopra pada masa itu.
“Jadi dia seperti ‘Hei, anda mahu pergi bersama?’ Dan saya pun ‘Ya, OK, jom kita pergi bersama. ‘Ia akhirnya berjaya.”
Sejak itu, pasangan bagai kakak dan adik ini telah dilihat keluar bersama rakan yang lain. Nampaknya mereka berdua sedang bahagia dalam alam percintaan.
https://www.instagram.com/p/BjWT69Jg29p/?utm_source=ig_embed
Ternyata berita ini mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen, ada yang suka, ada yang terkejut malah seakan-akan tidak percaya.
Please do not talk to me today unless you are ready to discuss Priyanka Chopra and Nick Jonas.
— Hannah Orenstein (@hannahorens) May 30, 2018
priyanka chopra and nick jonas dating is the weirdest thing ive ever heard
— ਨੇਹਾ⚡️ (@xxnehaaxx) May 30, 2018
PRIYANKA CHOPRA AND NICK JONAS??????????? pic.twitter.com/h8dOlzyImx
— mahnoor (@mhnralm) May 30, 2018
Tapi yang pasti adik beradik Jonas punya taste memang hebat-hebat.