Bila anda anak anak, kini anda telah punya segalanya. Keutamaan anda sekarang untuk menjaga si kecil yang telah lahir dunia. Namun, bil perlu dibayar dan hidup harus diteruskan walaupun hidup anda terumbang-ambing. Kalau hendak mengambil upah pengasuh memerlukan wang lebih, jadi bagaimana kalau bekerja dirumah sahaja?
Jadi sebelum anda membuat keputusan tersebut, Motherhood.com.my ada beri idea tentang kebaikan dan keburukan menjadi ibu bekerja di rumah.
Kebaikan
Kurang rasa bersalah
Rasa bersalah bagaimana? Bayangkan setiap kali anda ingin melangkah keluar untuk kepejabat pasti si kecil akan berteriak menangis untuk tidak beri anda pergi. Anda tak perlu menghadapi tangisan anak setiap pagi dan anda juga akan kurang rasa bersalah terhadap mereka.
Lebih mudah mengatur jadual
Anda tak perlu rungsing untuk mengisi masa terluang yang berkualiti untuk si kecil. Masa untuk bekerja pun anda boleh pilih samada ketika si kecil sedang tertidur atau keluar bermain.
Pengisian masa ibu-anak
Sambil anda bekerja, sambil itu anda boleh lihat pergerakan anak dan keletah mereka. Sebelum ini anda perlu menunggu hujung minggu atau pulang dari tempat kerja untuk meluangkan masa bersama. Paling menyedihkan bila anda pulang dari pejabat, anak sudah lelap tidur pada waktu malam.
Keburukan
Sukar bertemu dengan orang baru
Masa anda sedikit terhad untuk keluar dan berjumpa dengan orang baru atau pekerja yang lain. Berbanding di pejabat anda dapat berinteraksi dengan rakan sepejabat tentang tugasan. Agak sukar sebenarnya untuk menyiapkan kerja berseorangan dan anda kena pastikan anda tahu apa yang sedang dilakukan.
Gaji rendah dan tidak stabil
Ibu yang bekerja dirumah bukanlah mendapat pekerjaan tetap tetapi menjurus kepada kerja bebas dan sambilan. Jadinya anda tahulah bayaran yang diterima kurang dari biasa. Antara bekerja dan menjaga si kecil anda kena had dua darinya sebagai pengorbanan. Akan terdapar perbezaan gaji dari masa jika bekerja dirumah.
Kurang produktif dan kenaikan pangkat
Anda terpaksa aturkan samada kerjaya dan si kecil. Walaupun wanita sering dikaitkan dengan multitask namun anda tetap tidak beri perhatian sepenuhnya pada pekerjaan. Peluang untuk menonjol dalam agak sukar lebih lagi mereka yang bekerja dirumah.
Jadi sebenarnya untuk menjadi ibu yang bekerja dirumah bukanlah semua ibu mampu. Ia terdorong kepada pendirian anda. Jika anda seorang wanita yang mengejar kerjaya, bekerja dirumah bukan cara untuk anda. Apapun lakukan yang buat anda gembira dan anda rasa terbaik untuk diri anda serta si kecil.
Untuk lebih banyak tips dan helah bagi keibubapaan anda boleh layari Motherhood.com.my sekarang!