Tidak mungkin anda yang membaca Wanista tidak mempunyai akaun Instagram.
Sekarang tidak kira muda remaja atau golongan emas masing-masing sudah pandai berkongsi pelbagai gambar menarik di Instagram. Samada tentang percutian, gaya hidup, resepi, fesyen dan keluarga sebagai paparan menarik kepada pengikut mereka.
Begitu juga kepada para ibu yang tak pernah lokek untuk berkongsi gambar comel anak-anak. Ada sahaja kapsyen memikat sesuai dengan situasi gambar membuatkan followers untuk terus meninggalkan komen dan butang likes.
Puas juga ya kalau letak gambar si anak sahaja. Si ibu pun mahu bergambar juga tapi bagaimana agaknya untuk kelihatan sassy dan bergaya walaupun sudah beranak-pinak? Lagikan pula bergambar dengan anak-anak pasti ada sahaja adegan yang tidak jadi.
Nah, Wanista kumpulkan beberapa idea yang paling stylish sesuai untuk para ibu berposing walaupun dukung anak.
#1 Apa kata mainkan dengan pakaian atau aksesori sedondon dengan si kecil. Lihat Kylie Jenner bijak pamerkan warna putih sedondon bersama Stormi tanpa perlu pandang kamera pun!
https://www.instagram.com/p/BhxNIl4AE0N/?taken-by=kyliejenner
#2 Suka tengok Diana Danielle guna filter kartun ketika selfie bersama. Dua-dua bertambah comel…
#3 Ciuman manja pipi dari sang anak boleh bertukar gambar jadi 100% lebih manis! Nak gambar lebih cantik, cari lokasi yang seragam dan indah seperti dalam gambar Vivy Yusof.
#4 Nak tunjuk outfit kegemaran anda tapi masih nak kelihatan bergaya dengan anak. Nah, tiru cara Syatilla dengan Mat Yip, sama-sama pandai posing jauh nun kesana.
#5 Bosan juga ya kalau posing keras macam biasa. Cuba gaya bersiar-siar Hanis Zalikha dan Yusuf Iskandar, kasual sahaja. Eh, Bujibu pun ada lah!
#6 Gaya Asyallie memang stailo sejak zaman anak dara lagi sekarang ada baby pun masih yang sama. Bila ada peluang macam ini, anda boleh gaya ala spontan ketika si kecil ralit memandang kamera.
#7 Duduk santai seperti Amyra Rosli sambil mencium di pipi si kecil boleh dijadikan memori paling manis. Elok sahaja tengok dua beranak ini..
#8 Ini lah…seronok kalau ada anak perempuan. Ibu dan anak boleh sama-sama nampak glowing dengan hanya menggunakan sinaran mentari. Tak perlu guna apa-apa props cukup dengan kulit bersih!
Seronok tengok gambar-gambar diatas bukan? Ada masa cubalah posing seperti mereka.