Setiap wanita mengimpikan rambut yang sihat dan cantik berkilat. Rambut yang cukup nutrien, rambut yang tidak mendatangkan masalah seperti gugur, kelemumur, rapuh, berminyak dan pelbagai lagi yang hanya membuatkan kita stress.
Bercakap pada Vogue Taiwan, si cantik Park Shin Hye berkongsi rahsianya menjaga rambut supaya kekal sihat.
Menjadi wajah untuk banyak jenama tersohor dunia, tidak hairanlah setiap rahsia penjagaan dirinya menjadi perhatian setiap para gadis untuk meniru.
Nak tahu bagaimana aktres ini menjaga rambutnya yang sentiasa terlihat lebat, sihat, berkilat sentiasa?
Jangan sesekali tidur dengan rambut yang basah
Sebelum ini, Wanista ada menerbitkan artikel pantang larang tidur dalam keadaan rambut basah, yang hanya akan menyebabkan selesema, kelemumur, rambut rosak, kulit muka rosak serta pelbagai lain masalah lain.
- Foto – Bustle
Nampaknya, Park Shin Hye juga tidak menyukai tabiat yang dilakukan oleh setengah gadis di luar sana.
Padanya, jika tidur dengan kulit kepala basah, ia hanya akan membawa kepada masalah rambut yang lebih banyak pada masa akan datang!
Keringkan rambut dengan haba sejuk
Teknik mengeringkan rambut menggunakan haba panas boleh merosakkan rambut sekaligus menyebabkan rambut gugur dan menipis.
- Foto – Aerospa
Park Shin Hye mendedahkan dia sebenarnya menggunakan udara sejuk dan sederhana panas untuk pengering rambut. Lagi perlahan lagi bagus kerana ia untuk mengekalkan rambut berkilat dan lebih sihat.
Kiub ais untuk menyejukkan kulit kepala
Bunyi macam pelik tapi inilah rahsia Park Shin Hye selain tidak tidur dengan rambut basah, hanya menggunakan haba sejuk semasa mengeringkan rambut.
- Foto – ThriftyFun.com
Park Shin Hye mendedahkan bahawa pada musim panas, dia berusaha untuk mengekalkan kulit kepala supaya tidak menghasilkan peluh sebanyak mungkin.
Peluh dari kulit kepala boleh meningkatkan pengeluaran kelemumur, dan membawa kepada pelbagai masalah kulit kepala dan masalah rambut yang lain.
Untuk itu, Park Shin Hye sentiasa melembapkan kulit kepala dengan menggunakan kiub ais untuk menyejukkannya. Kiub ais ditepek di kulit kepala dengan mengurut secara perlahan-lahan.
Minum jus pomegranate
Buah pomegranate kaya dengan antioksidannya dan ini diakui oleh Park Shin Hye.
- Foto -The Juicing Collection
Ia bagus untuk wanita pada umumnya, sama ada untuk kulit atau kesihatan anda. Park Shin Hye amalkan segelas jus pomegranate dicampur bersama ramuan menyihatkan seperti lemon setiap pagi.
Minum segelas ramuan ini sehari selama sebulan, dan anda akan terkejut melihat betapa sihat rambut dan kulit and.
Petua guna kiub ais macam menarik, sekarang juga penulis nak cuba. Lagilah dekat Malaysia yang panas terik, memang sesuai cuba.