Sakit juga telinga dengar rakan sekerja complaint ruang kerja bersepah dan tidak teratur. Excuse me! Bukan tak mahu kemas tapi kita anda banyak lagi tugasan yang lagi penting selain mengemas meja.
Bukan sengaja untuk menyepahkan meja sendiri, mungkin ia sudah menjadi tabiat dan kebiasaan yang tidak dapat ditolak.
Agaknya lah kan, kenapa ada orang suka bersepah?
Genius dan Kreatif!
Jangan main-main dengan orang yang bersepah tau. Mereka punya idea yang lebih bernas dari anda semua serta daya kreativiti mereka juga boleh dipakai. Ini kerana otak mereka mampu menjana idea dari permasalahan yang wujud persekitaran yang bermasalah (sepah). Dari situ mereka cekap berfikir dan tahu menyelesaikan dengan cara terbaru.
Teratur
Walaupun tempat mereka bersepah, jangan terkejut mereka tahu dimana barang mereka disimpan. Jadi janganlah anda kerap membebel kepada orang bersepah dengan beri peringatan ‘baik kemas, nanti hilang baru tau’. Walhal mereka tiada masalah pun bab itu sebab mereka punya cara tersendiri apabila mengemas. Selain itu mereka sangat sensitif dengan barang-barang yang tersorok dan tak penting. Tak suka, tak penting, buang sahaja.
Fleksibel dan Spontan
Beri apa sahaja tugasan, mereka mampu melakukannya dan laksana dengan baik sekali! Bekerja dibawah tekanan serta tidak kisah jika diberi kerja last minute. Ini kerana mereka sudah terbiasa dengan keadaan yang kelam-kabut!
Sepah = Seni
Wah! Bila sepah disamakan dengan satu seni bukan lagi perkara biasa-biasa. Semakin bersepah tempat itu sebenarnya semakin banyak idea yang anda boleh curahkan.
Jangan pula ada pembaca Wanista cuba-cuba untuk jadi orang bersepah sebab nak keistimewaan diatas. Hanya mereka yang tertentu sahaja ada ‘bakat’ ini dan bersepah bukan bermakna pengotor ya. Itu dua perkara yang berbeza.