Nak jumpa Kajol secara dekat? Datang sahaja ke Singapura.
Kajol dipilih sebagai selebriti Bollywood paling terkini mempunyai patung lilin di Madame Tussauds Singapura. Terbang dari India ke Singapura, aktres itu bersama anak perempuan, Nysa memperkenalkan ‘kembarnya’ kepada umum buat pertama kali.
Gembira dengan hasil yang sempurna, Kajol sempat berkongsi selfie bersama kembarnya di media sosial.
Berkongsi gambar dengan kapsyen mencuti hati, “Always been a Kajol fan ???.”
Suami Kajol, Ajay Devgan yang tidak dapat hadir bersama turut berkongsi kegembiraan dengan satu tweet “Meet the silent Kajol ?.”
Meet the silent Kajol 😉 pic.twitter.com/6LH0DWPJWD
— Ajay Devgn (@ajaydevgn) May 24, 2018
Ada-ada sahaja pasangan ini. Tapi diakui kerja tangan produksi Madame Tussauds untuk Kajol memang sempurna habis. Tidak seperti untuk selebriti-selebriti sebelum ini, ada yang langsung tidak seiras malah mencacatkan lagi.