Pernah ada jerawat di bahagian intim?
Sudah tentu ada di antara kita masih keliru bila jerawat tumbuh di dalam vagina. Walaupun rajin menggunakan pembersih untuk menghilangkan minyak dan kotoran, jerawat masih muncul di tempat-tempat yang tidak dijangka pada bila-bila masa.
Jangan terkejut jika anda melihat pertumbuhan jerawat di dalam vagina.
Apa yang menyebabkan jerawat tumbuh di dalam vagina?
Pakar dermatologi Dr Vidya Anand dari Olivia Skin and Hair Clinic, Bangalore menjelaskan, pengeluaran sebum yang berlebihan boleh menyebabkan jerawat di dalam vagina. Adakalanya keadaan perubahan hormon semasa haid boleh menyebabkan jerawat di dalam vagina bersama sel-sel kulit mati dan pertumbuhan bakteria yang berlebihan pada liang-liang kulit.
Selain itu, ianya boleh berpunca daripada bercukur, tidak menukar seluar dalam dan memakai seluar dalam ketat dan basah untuk jangka masa yang lama.
“Kalenjar peluh dan folikel rambut yang berdekatan dengan kawasan faraj terdedah kepada kotoran serta kawasan liang-liang lain di dalam badan,” terang Dr Vidya Anand.
Bagaimana rupanya jerawat di vagina?
Sukar untuk membezakan jerawat dan jenis benjolan di vagina. Tapi yang pasti bentuk jerawat di vagina sama seperti di muka dan anggota badan lain, bila dipicit mengeluarkan ‘nasi’ dan paling teruk darah, sehingga mengakibatkan parut.
Cara nak mengatasinya?
Boleh menggunakan krim jerawat biasa yang anda guna untuk wajah, terutamanya yang mengandungi benzoyl peroksida atau asid salisilik (fungsinya membunuh bakteria, seterusnya menghalang pembiakan bakteria). Walaubagaimanapun, berhenti menggunakan ubat ini dan dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda alahan seperti gatal-gatal, kemerahan, bengkak dan sebagainya.
Boleh juga dengan mandi hangat 30-40 minit untuk membersihkan kawasan intim dan mengurangkan keradangan jerawat. Juga pastikan sentiasa menukar seluar dalam 2 kali sehari dan menjaga kebersihan agar bebas dari jerawat.
Paling penting, jangan sesekali memicit jerawat ini mungkin menyebabkan parut yang berkekalan.