Sekali lagi si cantik Lady Kity Spencer mencuri tumpuan dengan pilihan fesyennya ketika menghadiri majlis perkahwinan diraja Putera Harry dan Meghan Markle minggu lepas.
Selesa menyarung dress cetakan hijau emerald dari Koleksi Dolce & Gabbana memang memukau mata yang melihat, bahkan dia memasuki senarai antara best dressed yang menghadiri perkahwinan itu.
Pertama kali mencuri tumpuan media ketika menghadiri perkahwinan Putera William dan Kate Middleton pada tahun 2011. Ketika itu, Lady Kitty duduk di hadapan bersama dua adik perempuannya Lady Eliza dan Lady Amelia.
Sebelum itu, siapa Lady Kitty Spencer dan bagaimana dia mengenali pasangan diraja itu?
#1 Merupakan anak saudara perempuan Puteri Diana dan sepupu kepada Putera Harry dan Putera William.
#2 Bapanya Earl Charles Spencer ialah adik kepada Puteri Diana.
#3 Lahir pada 28 Disember 1990, gadis berusia 27 tahun itu mempunyai 3 orang adik beradik – Louis Spencer, 24, serta kembar Lady Eliza Spencer dan Lady Amelia Spencer, 25.
#4 Sepupu Putera William dan Harry ini dibesarkan di Afrika Selatan dengan ibunya, bekas model Victoria Lockwood.
#5 Lulusan politik dan psikologi dari University of Cape Town mempunyai lebih 300K pengikut di Instagram, di mana tempatnya berkongsi kehidupan seharian.
#6 Merupakan model di bawah agensi Storm Management. Dua kali berjalan untuk pertunjukan fesyen Dolce & Gabbana pada tahun 2017 dan 2018.
#7 Debut dalam kempen iklan Dolce & Gabbana untuk musim bunga/panas 2018.
#8 Kitty Spencer juga tidak kurang hebat dalam berfesyen. Buktinya, sentiasa dilihat duduk di barisan hadapan untuk Minggu Fesyen.
#9 Pernah dating dengan hartawan Itali dan bapa kepada tiga orang anak, Niccolo Barattieri, 20 tahun lebih tua darinya.
Tak jemu tengok Lady Kitty Spencer ni, fesyen dia pun agak sopan dan manis.