Wanista yakin pasti ada diantara pembaca yang memiliki akaun Instagram mempunyai dilema antara hendak unfollow atau terus sahaja menghadap gambar-gambar annoying dari rakan yang anda tidak berapa suka.
Bukan apa, anda tidak mahu timbul prasangka dan mana tahu kemungkinan ia menyakiti hati mereka.
Jangan takut lagi! Sebabnya kini Instagram telah mengemaskini tetapan pelayar dengan memperkenalkan butang mute atau senyap untuk mana-mana akaun Instagram yang anda tidak mahu ia keluar di skrin telefon pintar anda.
Bukan itu sahaja, rakan-rakan anda yang di mute tidak akan menerima sebarang notifikasi. Senang cerita, mereka tak tahu pun mereka di mute oleh anda.
Cara untuk mute amat mudah, pergi ke akaun dan klik pada butang tetapan dibahagian kanan profil rakan anda. Dari situ anda boleh pilih untuk mute post atau mute stories atau lebih kejam mute kedua-duanya.
Walaupun telah disenyapkan, anda masih lagi boleh menghantar mesej (DM), melihat profil mereka dan tidak unfollow. Anda hanya akan terima notifikasi dari mereka sekiranya ada yang tag anda didalam gambar. Kalau rasa bersalah anda boleh unmute semula.
Buat masa sekarang dari pemerhatian Wanista, hanya pengguna IOS sahaja telah dikemaskini tentang tetapan baru ini. Pengguna Android berkemungkinan harus menunggu untuk kemaskini tetapan Instagram selanjutnya.