Kecantikan

Ini Sebab Warna Foundation Bertukar Jadi Gelap Pada Kulit Lepas Beberapa Jam

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Ini Sebab Warna Foundation Bertukar Jadi Gelap Pada Kulit Lepas Beberapa Jam

Pernah tak beli foundation yang warnanya sudah cocok dengan tona kulit tapi bila dah pakai lama-kelamaan olesan warna foundation tu berubah jadi kelam dan kelihatan gelap? Suka untuk penulis kongsikan di sini, itu adalah kerana cecair atau krim bedak asas sebenarnya boleh berubah warna dan teroksida.

IKLAN

Sebenarnya, mana-mana foundation pun akan beri reaksi yang sama pada kulit si pemakai. Sebab itu kita dinasihatkan untuk mencari warna foundation yang satu hingga dua tona lebih cerah daripada warna kulit asal.

Kenapa Foundation Gelap?

Merupakan proses reaksi kimia yang dipanggil pengoksidaan (oxidation). Situasi ini sama seperti objek logam yang sering terdedah pada udara, lama-kelamaan ia akan menjadi hijau dan berkarat.

Warna foundation pada wajah Kristian Cavallari yang kelihatan kelam kerana teroksida. Sumber: Pinterest

BACA: Cara Pakai Foundation Untuk Jenis Kulit Berminyak, Kering Atau Normal

Pengoksidaan juga boleh berlaku terhadap buah-buahan seperti epal atau ubi kentang yang dikupas tetapi tidak direndam dalam air. Apabila terdedah secara keterlaluan pada udara, ia akan bertukar warna menjadi lebam. Ini sama dengan konsep foundation yang menjadi gelap selepas beberapa jam.

Cara Elak Wajah Jadi Gelap Disebabkan Pengoksidaan Bedak Asas

Guna Kertas Blotting: Tekap wajah dengan kertas blotting. Cara ini dapat bantu wajah kekal segar sekaligus elak foundation bercapuk dan terjejas.

Primer: Primer menjadi penghadang antara kulit dan foundation itu sendiri. Ia halang foundation menjadi rosak dan elak muka berminyak berlebihan. Kalau muka terlalu berminyak, guna Primer yang khas untuk kulit berminyak dan kaya kandungan melembab.

IKLAN

Tukar Kepada Krim Pelembap Berwarna: Tinted Moisturizer adalah sejenis krim pelembap wajah yang berwarna. Jika foundation buat wajah lebih gelap, gantikannya dengan pelembap wajah berwarna ni atau guna sahaja BB Cream.

Apa-apa pun, penulis cadangankan untuk korang cari foundation yang lebih cerah daripada warna kulit asal. Sekurang-kurangnya satu hingga dua tona lebih cerah okay?

Selama beramal! ❤

RUJUKAN 1, 2