Soalan paling susah untuk dijawab “NAK MAKAN APA?”, tidak kira ketika bulan puasa mahupun hari biasa, payah sehingga memeningkan kepala. Betulkan?
Kalau buntu, apa kata Wanista bawa korang makan steak. Hidangan daging lembu atau kambing bersama sos terpilih dilengkapi dengan kentang lenyek dan sayur-sayuran, terliur anak tekak. Tapi kalau nak buat sendiri mungkin tidak sesedap di restoran mewah, jadi bagi memudahkan anda semua, ini beberapa tempat paling sedap boleh cuba.
#1 Me’nate Steak Hub
Pilihan yang mengagumkan ada di Me’nate selaras dengan pengalaman pemilik yang pernah berkhidmat sebagai pakar daging kepada Ratu Elizabeth ketika di Buckingham Palace.
Lokasi : Ampang Jaya, Setapak, Bangi, Shah Alam
Telefon : 019-3911047, 019-4771047, 019-2611047, 016-8795947
#2 Las Vacas Meat Shop
Highlight untuk menu pilihan ialah Pinnacle Rib Eye Steak. Menggunakan daging lembu gred A dari Australia, hidangan ini mendapat banyak respons positif dari pelanggan yang datang.
https://www.instagram.com/p/BMYgLDNA-CW/?taken-by=lasvacas
Lokasi : Mont Kiara Shoplex, Wisma Winbond Jln Yap Kwan Seng, Sunway Putra Mall
Telefon : 03-2113 0048
#3 Meat Point @ TTDI
Meat Point menawarkan pilihan daging terbaik, dari Wagyu hingga Angus. Boleh memilih bahagian potongan serta cara memasak mengikut keutamaan pelanggan. Highlight menu ialah French Lamb Rack.
Telefon : 014-3604040, 014-3204040
#4 Mr Steak House
Rata-rata yang pernah datang makan di sini memuji kesedapan makanan barat yang disajikan. Antara menu istimewa ialah makanan Itali, hot plate dan Grilled Tiger Prawn. Lagi satu harga juga sangat berpatutan, memang berbaloi korang datang.
Telefon : 012-4669410
#5 Sixty9 Islamic Steakhouse
Menawarkan pelbagai menu seperti steak, lamb shank serta pelbagai lagi. Restoran ini mendapat perhatian dari pelanggan Islam kerana kepelbagaian menu luar biasa yang ditawarkan serta paling sedap sos buatan sendiri.
Lokasi : Taman Melawati, KL
Telefon : 03-41621312
#6 Beard Brothers’ BBQ
Memperkenalkan kepada rakyat Malaysia kepada barbeku gaya Texas yang berkualiti dengan hidangan daging yang dibakar kira-kira 14 jam.
Telefon : 012-319 0962
#7 Jibby & Co.
Jibby & Co.terkenal dengan reka bentuk seni bina, tetapi mereka juga menyediakan kepelbagaian menu. Antara yang baru dan banyak diperkatakan ialah BBQ rib eye skewers gaya Argentina.
Lokasi : Empire Shopping Gallery
Telefon : 03-5613 7070
#8 Twoowomba Deli
Pencinta daging, di sini menyediakan Wagyu terbaik dari baka lembu berkualiti. Walaupun sinonim daging Wagyu kebiasaannya mahal tetapi Twoowomba menawarkan harga mampu milik dan berbaloi.
Telefon : 03-41319006
Semua nampak sedapkan. Selamat Menjamu Selera & Berbuka!