Semalam, rasminya di Istana Negara 13 individu dari pilihan Tun Mahathir telah pun mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dan kemudiannya mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia dihadapan baginda sebagai pemegang protfolio masing-masing.
Buat kali pertama di Malaysia menerima Timbalan Perdana Menteri wanita iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Bagi beliau ia merupakan satu penghormatan yang besar buat semua wanita Malaysia. Selain itu, Dr Wan Azizah juga memegang portfolio selaku Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga.
Wanista senaraikan penuh menteri-menteri kabinet 2018 dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad
Perdana Menteri – Tun Dr Mahathir Mohamad
Timbalan Perdana Menteri / Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Menteri Kewangan – Lim Guan Eng
Menteri Dalam Negeri – Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Pertahanan – Haji Mohamad Bin Sabu
Menteri Pelajaran – Dr. Maszlee Malik
Menteri Kesihatan – Dr. Haji Dzulkefly Bin Ahmad
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Datuk Zuraida Kamaruddin
Menteri Pertanian dan Asas Tani – Haji Salahuddin Ayub
Menteri Pembangunan Luar Bandar – Rina Harun
Menteri Komunikasi dan Multimedia – Gobind Singh Deo
Menteri Hal Ehwal Ekonomi – Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Menteri Pengangkutan – Anthony Loke Siew Fook
Menteri Sumber Manusia – Kulasegaran a/l V.Murugeson
Berkenaan dua jawatan yang disandang oleh Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, buat masa ini beliau masih lagi mendapat perkenan Sultan Selangor untuk memegang jawatan tersebut. Namun, Azmin harus mengemukakan calon baru untuk Menteri Besar bagi melepaskan jawatan tersebut sehingga diberitahu kelak.
Bukan sahaja pelantikan kabinet menteri, malah Tun M juga memperkenalkan barisan Majlis Penasihat dianggotai pakar ekonomi dan ahli akademik bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, taikun Tan Sri Robert Kuok, Penolong Setiausaha Agung, Jowo Kwame Sundaram dan bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican.
Ianya bagi membantu untuk menasihati kerajaan berhubung hal ehwal ekonomi dan kewangan negara semasa tempoh peralihan mengikut kepakaran masing-masing. Tempoh hayat pasukan ini selama 100 hari bagi membentuk polisi dan program untuk mencapai janji 100 hari yang dibuat PH kepada rakyat.
Diingatkan kepada semua, senarai diatas mungkin akan berlaku perubahan jika tidak menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan. Tun Mahathir berkata tegas semalam akan menggugurkan mana-mana menteri yang dilantik dan digantikan dengan anggota Parlimen lain yang lebih layak