Seorang youtuber Yang Ye Won mendedahkan bahawa dia merupakan mangsa gangguan seksual.
Buat pertama kalinya, youtuber popular berasal dari Korea Selatan ini menjelaskan bahawa dia adalah mangsa dalam gambar bogel yang tersebar di media sosial baru-baru ini.
Menerusi Youtube, gadis muda ini menceritakan kisah sebenar disebalik koleksi foto hitamnya itu.
Pada usia muda, Ye Won impikan mahu menjadi seorang pelakon. Melalui sebuah agensi mencari kerja, dia diberi peluang memulakan karier sebagai seorang model sebagai langkah permulaan untuk mengejar impian. Bahkan berjaya menandatangi 5 kontrak.
Siapa sangka dia ditipu ketika ingin memulakan kerja pertamanya. Tiba di studio, Ye Won mendapati kesemua kakitangan merupakan 20 orang kaum lelaki yang rata-rata mempunyai kamera, bahkan pintu studio dikunci rapat sehingga menimbulkan syak wasangkanya.
Dalam keadaan yang masih keliru, Ye Won disuruh menanggalkan kesemua pakaian sehingga tanpa seurat benang, dan dipaksa bergambar seksi. Ada lelaki mula menyentuh payudara dan bahagian intimnya, bahkan menyuruhnya bergambar ghairah.
Apabila dia cuba untuk menolak, pengarah memberitahu dia sudah menandatangani kontrak jadi setiap arahan mesti dipatuhi dan jika diingkar akan disaman syarikat. Paling dasyat, penderaan seksual itu berlaku 5 kali, setiap kali dia dijadualkan untuk pemotretan.
Dia tidak dapat memberitahu sesiapa dan hidup dalam ketakutan jika koleksi gambar pornografi itu tersebar. Kini, tersebarnya gambar memalukan itu, Ye Won hidup dalam keadaan tertekan sehingga ingin membunuh diri tetapi melalui galakan dan dorongan dari keluarga dan teman lelaki, dia mendapat keberanian untuk mendedahkan kisah sebenar.
Video Penuh
https://www.youtube.com/watch?v=KxONNIHzW6M
Tergamaknya diperlakukan sedemikian, padahal dia nak mengejar cita-cita.. Sedih!