Seperti yang kita tahu, dolphin dan ikan paus beluga (paus putih ) tidaklah banyak bezanya jika dilihat secara fizikal. Keduanya adalah jenis ikan bersaiz bersar yang jinak, bahkan pandai berinteraksi dengan manusia.
Lazimnya yang kita banyak lihat di zoo atau di pusat-pusat akuatik, pengunjung bakal bepeluang memeluk dan mendapat ciuman daripada ikan-ikan jinak ini. Reaksi kita apabila mendapat ciuman daripada binatang comel sebegini sudah tentulah tersenyum atau ketawa betul tak? Namun lain pula dengan bayi ini.
BACA: Macam Faham, Ikan Paus Putih ‘Menyibuk’ Dalam Foto Perkahwinan Pasangan Ini
Mungkin kerana takutkan ikan paus beluga berkenaan, bayi tersebut tiba-tiba menangis sambil dipangku ibunya sebaik mendapat ciuman.
Yang lucunya bukanlah pada reaksi sadis bayi berkenaan tetapi adalah ikan paus itu yang secara tiba-tiba tercengang melihat gelagat bayi -seolah pelik mengapa bayi tersebut menangis.
Kejadian itu dirakamkan di sebuah pusat akuatik di Shanghai, China dan dirakamkan sendiri oleh bapa bayi berkenaan.
Sejak beberapa minggu sudah video tersebut telah viral dan mendapat perhatian warga internet. Seorang pengguna media sosial meninggalkan komen “Kesian ikan itu, dia mengharapkan senyuman tetapi sebaliknya tangisan pula yang didengarnya”. Tidak kurang, ada juga yang berpendapat bahawa reaksi ikan paus itu comel kerana dia seolah mengerti.