Ada orang sanggup buat apa sahaja demi kebaikan dalam kehidupan mereka termasuklah dalam percaya tentang perkara-perkara ghaib daripada memohon dari tuhan. Kalau anda lihat dikaki lima atau pasar malam pasti ada sahaja penjaja yang datang menjual cincin, batu sungai atau aksesori dikatakan mampu memberi kesihatan atau membuang perkara negatif dalam hidup anda.
Atas dasar terpengaruh, seorang wanita Singapura sanggup menghabiskan wang berjumlah $1,450 untuk membeli 9 air botol suci yang dikatakan berasal dari Indonesia dan sudahpun berusia 50 tahun.
Akibat tersempit dengan masalah pengangguran, wanita yang dikenali sebagai Madam Yang kemudian membeli dengan percaya air botol suci itu mampu membasmi segala keresahan, kesulitan dalam kehidupan dia.
Setelah beberapa kali mencuba air tersebut dan tiada kesan, Madam Yang mula tersedar berkemungkinan sebelum ini dia dipukau untuk membeli air tersebut.
Dizaman moden ini ada lagi yang percaya benda-benda macam ini. Kita kalau nak berjaya dan bahagia, awalnya ialah usaha serta mohon petunjuk dari tuhan.