Anda pernah dengar tentang Royal Jelly?
Salah satu bahan dalam produk kecantikan dari alam semula jadi yang menjadi pilihan wanita masa kini. Royal jelly yang berasal dari lebah, walaupun sama-sama dari lebah, ternyata royal jelly memiliki kandungan dan khasiat yang berbeza dengan madu.
Asal Royal Jelly
Royal Jelly atau orang kita kenalinya sebagai madu ratu lebah ialah rembesan lebah madu yang digunakan untuk pemakanan larva, dan juga ratu dewasa. Ia dirembeskan dari kelenjar di dalam hipofarinks lebah pekerja, dan diberi makan kepada larva di dalam koloni.
Betul Ke Royal Jelly Baik Untuk Kecantikan?
Berdasarkan hasil penyelidikan, ternyata royal jelly mengandungi paras protein yang tinggi. Royal jelly juga kaya dengan vitamin A, vitamin E, vitamin C, vitamin B, dan acetyl-choline dan zink yang mempunyai banyak manfaat untuk kecantikan.
Royal jelly mengandungi antioksidan yang melawan tanda-tanda penuaan. Mampu meremajakan kulit, mengetatkan liang, ia juga menghilangkan radikal bebas yang menyebabkan penuaan dan memberikan sinaran yang sihat kepada kulit anda.
Berkesan untuk melawan keadaan kulit seperti ekzema dan jerawat. Ia mengandungi sifat anti-radang yang mengurangkan keradangan, menghilangkan bakteria, dan membaiki kulit. Apa yang perlu anda lakukan adalah mengambil beberapa royal jelly, aplikasikan di kawasan dan basuh selepas 20 minit. Lakukan pada waktu pagi. Anda juga boleh membeli ekstrak royal jelly atau serbuk dan menggunakannya untuk tujuan ini.
Untuk merawat lingkaran hitam di mata, ambil dua sudu royal jelly dan sapukan seluruh kawasan yang terjejas. Biarkan 20 minit, kemudian basuh.
Anda juga boleh melembapkan tangan dan kaki anda dengan royal jelly. Sapukan pada kulit dan biarkan selama 15 minit. Basuh dengan air sejuk. Anda pasti akan melihat perubahan kulit anda secara dramatik.
Walaubagaimanapun, sebelum anda menggunakan royal jelly, dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu kerana dikhuatiri akan memberi kerengsaan pada kulit. Kita sedia maklum, setiap individu miliki keadaan kulit yang berbeza, mungkin ia baik untuk penulis tetapi tidak anda.
Semoga tips ini bermanfaat untuk anda!