Memetik kata-kata Syed Saddiq, Ahli Parlimen Muar dalam program Meletop, “Tun M walaupun berumur 92 tahun, dia seperti terperangkap dalam jasad 92 tahun. Semangat dia macam umur 30 tahun.” Walaupun usianya 90-an tetapi semangat kerjanya membuatkan kita yang muda ini terasa malu apabila malas bekerja.
Selepas diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia, setiap tindak tanduk Tun Mahathir diperhatikan netizen, semua ingin mengetahui rahsia diet dan pemakanannya. Dan semalam satu foto Tun Mahathir menikmati makan malam bersama Tun Siti Hasmah menjadi viral di media sosial. Foto tersebut merupakan foto biasa tetapi terdapat satu perkara yang menarik perhatian netizen, iaitu suplemen tambahan yang diambil oleh Tun Mahathir.
Difahamkan, makanan tambahan untuk kesihatan itu merupakan dari jenama terkenal Berocca Performance. Mungkin itu rahsia Tun nampak cergas dan cerdas boleh berjalan dengan baik.
Berocca Performance
Berocca Performance adalah makanan tambahan yang dapat membantu meningkatkan prestasi mental dan fizikal jika diambil setiap hari.
Ianya membantu:
- Meningkatkan ketajaman mental dan tenaga fizikal
- Meningkatkan kewaspadaan dan tumpuan
- Meningkatkan stamina fizikal dan mengurangkan keletihan
- Meningkatkan prestasi mental
- Meningkatkan mood
Rumusan khusus ini memberi anda kelebihan ketika menjalani gaya hidup yang penuh dan aktif. Ia tidak mengandungi sebarang bahan perangsang atau pengawet tiruan daripada 0.1 g gula. Ia sesuai dan disyorkan untuk diambil setiap hari. Tablet boleh didapati dalam tiga rasa perisa – Oren, Beri, Mango dan Oren. Tablet mengandungi bahan aktif yang sama seperti tablet effervescent dan boleh didapati dalam format yang mudah ditelan.
Cara untuk menggunanya sangat mudah, letak sebiji tablet ke dalam air suam, akan kelihatan air berbuih. Seeloknya mengambil selepas makan.
Anda boleh dapatkan suplemen tambahan ini di kesemua drugstore terpilih dalam Malaysia dengan harga yang berpatutan.
Walaubagaimanapun dinasihatkan anda merujuk kepada pakar terlebih dahulu sebelum consume. Untuk info lanjut mengenai produk ini, boleh baca di laman web rasmi.