Resipi

3 Resepi Paling Popular Di Google Wajib Cuba Di Bulan Ramadan

Izzah Azizah
/
Beauty Enthusiast. Instagram: @izzahabaziz
3 Resepi Paling Popular Di Google Wajib Cuba Di Bulan Ramadan

Dalam beberapa hari lagi, kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadan. Walaupun tempoh tersebut merupakan waktu untuk mengawal dan bermuhasabah diri, ia juga sinonim dengan penghargaan pelbagai jenis makanan.

Untuk bertahun-tahun lamanya, ramai yang telah merujuk kepada Google untuk resepi-resepi bagi hidangan-hidangan buka puasa, hidangan-hidangan bufet dan juadah-juadah Raya, jadi mari kita lihat apakah lauk, pencuci mulut dan kuih Raya kegemaran Malaysia ketika musim yang akan datang ini berdasarkan carian-carian di Google Malaysia sepanjang beberapa tahun yang lepas.

Mari kita cuba 3 resepi paling popular di Google sempena sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

#1 Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

1/2 ayam

Secubit serbuk kunyit

Bahan-bahan untuk dikisar:

4-5 keping cili kering

1 cm halia

2 ulas bawang putih

Sebiji bawang merah

Sebiji tomato (dipotong kiub)

1/2 cawan sos tomato

Langkah-langkah:

  1. Cuci ayam dan potong ke beberapa bahagian kecil.
  2. Perap ayam didalam serbuk kunyit dan goreng sehingga ia 2/3 masak.
  3. Tidak termasuk tomato yang dipotong dan sos tomato, tumis hingga naik minyak.
  4. Masukkan ayam dan biarkan sehingga sos menjadi pekat. 
  5. Masukkan bahan-bahan hiasan dan biar reneh selam 1-2 minit. Hidangkan. 
Foto – iResipi.com

#2 Kek Coklat

Bahan-bahan:

Sepaket biskut krim coklat

100 ml susu coklat

Langkah-langkah:

  1. Sebatikan biskut
  2. Tuang susu coklat kedalam adunan biskut dan kacau sehingga sebati dan rata.
  3. Tuang adunan kedalam dulang.
  4. Kukus selama 20 minit pada suhu rendah.
Foto – Epicurious

#3 Biskut Nestum

Bahan-bahan:

250 gm mentega

120 gm gula aising

250 gm tepung gandum

130 gm tepung jadung

60 gm serbuk kacang badam

40 gm serbuk Nestum

1 sudu teh intipati vanila

Ceri merah – dihiris halus untuk hiasan

1 biji kuning telur – untuk hiasan 

Langkah-langkah:

  1. Masukkan mentega, gula aising dan intipati vanila kedalam pengadun dan adun sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk kacang badam dan Nestum. Uli sehingga doh lembut.
  3. Ambil secubit doh, uli menjadi bentuk bola dan tekan menggunakan garfu / kedalam acuan biskut kegemaran anda. Ulang sehingga doh habis.
  4. Letakkan biskut keatas dulang yang telah disapu mentega.
  5. Salut biskut-biskut dengan telur kuning dan hias dengan ceri merah atau bahan hiasan lain mengikut citarasa. 
  6. Letakkan dulang kedalam ketuhar pada suhu 175 darjah celcius dan bakar selama 20 minit atau perang keemasan. 
Foto – Epicurious

Sebulan ini dah tiba masanya untuk ‘berperang’ di dapur! 

Komen Anda