Berita & Isu Semasa

Bayi Lapan Bulan Antara Mangsa Maut Terhidu Gas Pemedih Mata Di Gaza

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Bayi Lapan Bulan Antara Mangsa Maut Terhidu Gas Pemedih Mata Di Gaza

Pergolakan di Gaza muncul kembali, wakil rasmi kesihatan di Palestin mengesahkan seorang bayi lapan bulan antara yang maut dalam pertempuran melibatkan lontaran gas pemedih mata semalam di jajaran sempadan Israel di Gaza semalam.

Sumber: Twitter

Seorang doktor juga memberitahu kepada pihak media bahawa, bayi perempuan itu yang bernama Laila Ghandour sememangnya sedang mengalami masalah kesihatan dan nyata tidak percaya kematiannya adalah disebabkan terhidu gas pemedih mata.

Sumber: REUTERS

Nenek kepada bayi itu turut ada mengeluarkan kenyataan, “Sebaik kami tiba di rumah, bayi itu tiba-tiba berhenti menangis dan saya fikir dia mungkin tertidur. Saya lekas bawanya ke hospital kanak-kanak namun doktor memberitahu dia sudah tidak lagi bernyawa.”

Merupakan mangsa termuda dalam pertempuran itu, kematiannya disusuli kesedihan ramai rakyat tempatan dan rata-ratanya sempat hadir ke majlis pengembumian bayi tersebut.

Sumber: REUTERS

Sehingga kini, perbalahan itu menyebabkan 60 rakyat Palestin meninggal dunia manakala beribu lagi individu lain telah tercedera. Pertempuran yang membunuh ramai rakyat Palestin itu berlaku selepas menunjukkan protes terhadap penubuhan kedutaan Amerika Syarikat di Kota Lama Baitulmuqaddis.

Sumber: REUTERS

Trump masih mendiamkan diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan kematian yang telah dicetuskannya berhubung perancangan untuk meneruskan penubuhan dan pemindahan kedutaan Amerika Syarikat ke kota suci yang pada asalnya milik orang Islam.

SUMBER 1,

Komen Anda