Beberapa hari lepas baru sahaja keluar kenyataan dari bapa Meghan Markle untuk tidak dapat sama anak perempuannya di majlis perkahwinan terbesar abad ini. Atas alasan terkena serangan jantung dan bakal menjalani pembedahan dalam secepat mungkin.
Terkini, Meghan Markle dan Putera Harry membuat gosip hebat kerana tidak menjemput saudara mereka iaitu Lady Amelia Windsor.
Nama Lady Amelia Windsor bukan calang-calang kerana beliau digelarkan keluarga kerabat diraja Britain paling cantik. Walaupun baru sahaja berusia 22 tahun, beliau sibuk dengan urusan kerjaya modelling serta melanjutkan pelajaran di Edinburgh.
Baca: Kerabat DiRaja Paling Cantik Dan Cool, Inilah Lady Amelia Windsor
Ramai yang tertanya-tanya apakah alasan merpati dua sejoli ini tidak mengundang sanak saudara mereka?
Adakah sebab mereka sememangnya ingin suasana majlis yang kecil-kecil dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja? Atau Putera Harry tidak mahu ada orang lain nampak lebih ‘gah’ dari pengantinnya, Cik Meghan Markle.
Ada-ada sahaja yang mahu bercakap buruk tentang Meghan Markle, takkanlah beliau cemburu pula dengan Lady Amelia. Apa pun tunggu sahaja 19 Mei ini!