Berita & Isu Semasa

Tak Peduli Peraturan, Kristen Stewart Selamba Berkaki Ayam di Cannes 2018

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Tak Peduli Peraturan, Kristen Stewart Selamba Berkaki Ayam di Cannes 2018

Jika sebelum ini aktres kanak-kanak, Millie Bobby Brown senang mengenakan sneakers ke karpet merah, kini si cantik Kristen Stewart tampil berkaki ayam pula di Festival Filem Cannnes 2018.

Bukan perkara baru bagi Kristen kerana sebelum ini aktres ini selesa memilih sneakers bersama gaun anggun ketika menghadiri karpet merah kerana kekok dan tidak yakin memakai tumit tinggi. Cumanya kali ini relaks berkaki ayam. 

Foto – My style by Kartia

Peraturan Festival Filem Cannes menetapkan bahawa wanita dikehendaki memakai tumit tinggi dan dilarang mengenakan kasut bertumit rata, sementara lelaki mesti memakai tali leher hitam, bagaimanapun langsung tidak diendahkan aktres 28 tahun ini.

Foto – Business Recorder

Kristen Stewart yang tiba di karpet merah untuk tayangan perdana filem BlacKkKlansman dengan sepersalinan mini dress sequin bersama tumit tinggi Christian Louboutin, tetapi akhirnya membukanya bila ingin menaiki tangga dan terus selesa berjalan berkaki ayam.

Kristen Stewart memang terkenal dengan perangai rebel. Jadi benda macam ini bukan perkara baru baginya.

Komen Anda