Kesihatan

Cara Baru Ukur Bentuk Badan Ideal Guna “Waist to Height Ratio”

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Cara Baru Ukur Bentuk Badan Ideal Guna “Waist to Height Ratio”

Secara amnya, waist to height ratio ini merupakan medium ukuran ringkas untuk mengatasi diri daripada terjebak dengan berat badan berlebihan.

Tidak hanya berpandukan ukuran pinggang semata-mata, medium WtHR ini sebenarnya lebih telus baik untuk individu yang tinggi mahupun rendah.

Jelaslah bagi sesiapa yang memiliki berat badan normal namun lingkaran pinggangnya begitu lebar, mereka sebenarnya lebih berisiko berbanding individu yang obesiti.

Perihal ini adalah tertakluk bagi mereka yang memiliki pinggang lebih lebar berbanding punggung (tubuh bentuk epal), jelas Ketua Pengkaji di Mayo Clinic, Minnesota iaitu Jose Medina-Injosa.

Contoh bentuk tubuh berupa epal. Sumber: Pinterest

Untuk pengetahuan semua, lemak berlebihan yang terkumpul di bahagian tengah tubuh adalah dipanggil “Central Obesity”. Meskipun sebenarnya ramai yang tidak bersetuju, ternyata, lingkaran pinggang dan ketinggian seseorang mempunyai hubung kait yang lebih kukuh untuk menentukan berat badan seimbang seseorang.

Dalam sebuah kajian yang dilakukan terhadap beberapa subjek. Hasil mendapati subjek dengan BMI yang normal namun berpinggang lebar memiliki risiko dua kali ganda untuk dijangkiti penyakit berbanding mereka yang tidak. Jadi apa gunanya memiliki BMI yang seimbang tapi sebenarnya kamu tidak sihat betul tak?

Sumber: Giphy

Sebelum ini mereka yang memiliki BMI 25 ke bawah dikira sebagai “underweight” manakala 30 ke atas pula adalah “overweight”. Mereka yang terlebih berat badan kemudian akan dikaitkan dengan penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, beberapa jenis kanser dan lain-lain.

Jadi mulai hari ini, jika kamu mempunyai jumlah BMI di antara 18.5 hingga 24.9 jangan mudah-mudah terus menganggap kamu sudah selamat dariapda ancaman penyakit tiga serangkai tahu?

Sumber: The Telegraph

Jika seseorang mengalami masalah perut berlemak atau situasi di mana pinggang lebih lebar dari pinggul sebaliknya mereka perlulah lekas membuang lemak disekitar perut dan pinggang dahulu berbanding di bahagian-bahagian lain. Lekas bertemu doktor untuk tahu kesihatan kardiovaskular diri serta pengagihan lemak dalam badan.

CARA GUNA MEDIUM WAIST TO HEIGHT RATIO

1. Guna pita pengukur yang ada ukuran betul. Sila beli di kedai yang menjual barang-barang menjahit.

2. Tarik nafas dan lepaskan. Ukur lilitan pinggang pada paras atas pusat (dalam inci).

3. Bahagikan jumlah ukuran pinggang dengan ketinggian (dalam inci).

4. Bandingkan jumlah yang kamu dapat dengan senarai di bawah. Lelaki dan wanita memiliki ukuran ideal yang berbeza.

WANITA

< 35: Tidak Normal & Terlalu Kurus

35 – 42: Terlalu Kurus

42 – 46: Kurus Tapi Sihat

46 – 49: Sihat

49 – 54: Berat Badan Berlebihan

54 – 58: Lebih Berat Badan Tahap Serius

> 58: Terlalu Obes

LELAKI

< 35: Tidak Normal Dan Terlalu Kurus

35 – 43: Terlalu Kurus

43 – 46: Kurus Tapi Sihat

46 – 53: Sihat

53 – 58: Berat Badan Berlebihan

58 – 63: Lebih Berat Badan Tahap Serius

> 63: Terlalu Obes

Kini cara pengiraan berat badan ideal tertumpu kepada penggunaan WtHR berbanding BMI kerana hasil ukurannya lebih sahih.

Balik nanti cuba dapatkan pita pengukur untuk cuba buat WtHR ni okay?

Selamat beramal! ❤

RUJUKAN 1, 2, 3, 4, 5

Komen Anda