Kesihatan

Sila Tukar Kepada Beras Perang Kalau Anda Nak Dapatkan Manfaat Lumayan Ini

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Sila Tukar Kepada Beras Perang Kalau Anda Nak Dapatkan Manfaat Lumayan Ini

Orang Asia tidak dapat lari daripada mengambil nasi sekaligus menjadikan nasi sebagai makanan ruji sama ada makan pagi, tengah hari ataupun malam.

Apakah perbezaan antara beras putih dengan beras perang? Ia bukan hanya sekadar warna sahaja. Namun ramai tidak tahu antara beras putih dan perang, beras perang lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan berbanding beras yang biasa kita jamah. Jika dilihat dari segi luaran, beras perang sama saja dengan beras biasa, tetapi apa yang membezakannya adalah beras perang tidak dibuang selaput kulit yang meliputi beras itu.

Foto – mingguanwanita.my
Fakta Beras Perang

Beras biasa ia lembut dan cepat dimasak, berbanding beras perang yang mempunyai tekstur agak kasar. Ia dinamakan beras perang kerana beras terbabit belum ditapis dan diproses seperti beras putih yang sudah diproses dan dibuang kulitnya. Bahagian yang dibuang itulah terkandung pelbagai nutrisi yang sememangnya diperlukan badan. Ini termasuk serat, protein, magnesium, manganese dan zink iaitu antara nutrisi yang terbuang semasa proses penapisan.

Manfaatnya…

Beralih ke beras perang boleh memberi impak positif kepada kesihatan anda secara keseluruhan. Sebenarnya, ganjaran beras perang adalah lebih baik untuk anda yang berjalan kaki selama 30 minit.

#1 Beras perang mengandungi sebatian yang dipanggil lignans, yang terdapat dalam biji-bijian.

Foto – Reader’s Digest

Bukti menunjukkan bahawa lignans mengurangkan risiko serangan jantung dan penyakit kardiovaskular.

#2 Bagi penghidap kencing manis

Beras perang sememangnya menu terbaik bagi menggantikan beras putih yang sentiasa menjadi sajian anda. Ini kerana beras perang dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Ia membebaskan gula secara perlahan berbanding beras putih.

#3 Beralih kepada beras perang membantu mengurangkan risiko anda mendapat kanser tertentu.

Foto – Cafemlm.com

Beras perang mengandungi sebatian botani yang dikenali sebagai total phenolic content,  atau TPC. TPC mempunyai sifat antioksida yang kuat yang dapat melindungi sel-sel anda daripada sejenis kerosakan yang dikenal sebagai tekanan oksidatif, yang mungkin menyumbang kepada beberapa jenis kanser. Kandungan serat yang tinggi membantu mencegah penyakit kanser usus. Serat ini menjaga bahan yang tidak diperlukan dan toksin daripada melekat pada usus.

#4 Makanan bijirin penuh, membantu menurunkan berat badan dan risiko obesiti.

Foto – blissfulhope.wordpress.com

Kandungan serat yang terkandung di dalamnya membuatkan proses penghadaman menjadi lebih mudah yang baik untuk diet. Beras perang membuat anda berasa lebih cepat kenyang dan membantu untuk mengambil makanan dengan jumlah yang kecil.

Untuk kesihatan, cuba amalkan mencampurkan beras biasa dan segenggam beras perang setiap hari dan nikmati kebaikannya. Beras perang baik dimakan oleh bayi yang baru diperkenalkan dengan bubur nasi dan individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.

RUJUKAN

Komen Anda