Mesti pernah anda melihat sahabat atau orang sekeliling anda yang berpuasa sama seperti anda tapi tetap dengan gaya cergas seperti biasa.
“Apalah yang dia makan masa sahur tadi agaknya?” Itulah yang sering jadi tanda tanya, pantang nampak orang bertenaga apabila sepanjang bulan Ramadan.
Ramai yang mengalami pening, sakit kepala dan mudah letih kesannya boleh menganggu ibadan berpuasa. Jadi mustahil ke nak kekal cergas dari terbit sehingga terbenam matahari?
Tak mustahil! Wanista kongsikan 3 cara mudah untuk diamalkan sepanjang bulan puasa bagi memantapkan perjalanan ibadah anda.
#1 Air air air!
Anda wajib mendapatkan sekurang-kurang 2.5 liter air sehari. Ia adalah medium ‘pengangkut’ untuk melancarkan penghadaman, tekanan darah, otot, tisu badan dan menyerap nutrisi. Ambil air dengan secukupnya pada waktu sahur dan ketika berbuka puasa.
#2 Pilih nutrisi
Bila waktu berbuka jangan mengikut nafsu untuk mengambil makanan tinggi gula dan lemak. Ternyata ia hanya memberi kenyang ‘kosong’ kerana tidak mempunyai kalori yang bertenaga. Pilih makanan yang lengkap dengan protein, mineral, vitamin dan karbohidrat. Erti kata lain, elak makanan segera!
#3 Makan protein dan fiber
Pastikan semasa sahur dan waktu berbuka juadah anda mempunyai sumber protein dan fiber. Makanan tinggi fiber seperti bijiran, kurma, oats, sayuran dan buah-buahan membantu beri rasa kenyang berpanjangan. Ia juga melancarkan penghadaman dan pembuangan air besar. Begitu juga dengan protein yang terdiri dari telur, ikan, ayam, kekacang dan banyak lagi.
Mengambil pemakanan yang betul dan berkhasiat faktor utama badan menghasilkan tenaga positif untuk dibawa sepanjang hari.