Berita & Isu Semasa

Terkena Serangan Jantung, Bapa Meghan Markle Tak Akan Hadir Perkahwinan Anaknya

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Terkena Serangan Jantung, Bapa Meghan Markle Tak Akan Hadir Perkahwinan Anaknya

Thomas Markle Sr. tidak akan menghadiri perkahwinan anaknya minggu ini.

Bapa bakal puteri Meghan Markle ditangkap dalam skandal paparazzi di mana dia dibayar jurugambar untuk setiap foto pergerakannya selama ini.

Setiap foto pergerakannya selama ini telah dibayar agensi paparazzi. Foto – Dailymail

Oleh itu, Thomas berkata bahawa dia tidak mahu memalukan keluarga diraja dan anak perempuannya pada hari bahagia mereka.

Bukan itu sahaja, lelaki itu turut mendedahkan bahawa mengalami serangan jantung enam hari lalu dan ianya sudah memasuki stage yang kedua.

Bagi menjernihkan keadaan, Istana dalam satu kenyataan meminta orang ramai memahami situasi yang berlaku.

Foto – Dailymail

“Ini adalah momen yang sangat peribadi untuk Ms. Markle. Dia dan Putera Harry meminta semua untuk memahami dan menghormati Mr Markle yang sedang berada dalam keadaan sukar ini,” kata jurucakap Kensington Palace.

RUJUKAN

Komen Anda