Fesyen

Bagai Rama-Rama, Gaun Merah Jambu Deepika Padukone Paling Gah Di Cannes 2018

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Bagai Rama-Rama, Gaun Merah Jambu Deepika Padukone Paling Gah Di Cannes 2018

Deepika Padukone merupakan salah seorang aktres dengan bayaran tertinggi di dunia ini layak diangkat sebagai ikon fesyen dalam dunia Bollywood. Bila bicara bab fesyen, Deepika juga tidak kalah orangnya. Gayanya dilihat sangat effortless dan penuh elegan, mampu mengenakan apa sahaja gaya dengan mudah dan menakjubkan. Sejak Deepika debut pada tahun 2007, gayanya telah secara drastik berkembang.

Contoh terbaik adalah penampilannya di karpet merah Festival Filem Cannes 2018. Antara yang menjadi tumpuan lensa, Deepika serba serbi sempuna dari gaya rambut, mekap serta busana yang dipakainya. Dari hari pertama mendarat di French Riviera sehinggalah berlangsungnya festival, fesyen Deepika langsung tidak menghampakan.

Mengenakan gaun origami merah jambu meleret dari Koleksi Ashi Studio Spring/Summer 2018, aktres ini menarik perhatian media antarabangsa kerana keberaniannya memilih gaun unik ini.

Lihat sahaja detail gaun ini yang bagaikan kepak rama-rama, memang gah sekali. No wonder, namanya di setiap bibir penggiat dan pengamal fesyen.

Bukan itu sahaja, gaun merah jambu ini juga menjadi viral di media sosial, rata-rata netizen dengan senang hati menggelarnya rama-rama, dinasaur, cotton candy serta pelbagai lagi.

Foto – Twitter
Foto – Twitter

Alahai ada-ada je netizen ni. Apapun Deepika memang vogue di Cannes.

Komen Anda