Fesyen

Demam Cetakan Logo! Lihat Selebriti Yang Obses Dengan Jenama Fesyen Fendi

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Demam Cetakan Logo! Lihat Selebriti Yang Obses Dengan Jenama Fesyen Fendi

Sebelum ini ramai iri hati dengan penampilan Kylie Jenner yang berpakaian serba-serbi lengkap dari koleksi Fendi yang penuh dengan cetakan logo ikonik FF jenama fesyen terulung kelahiran Rom itu.

Mengenakan dress mini serta beg pinggang fanny pack, tidak kurang kereta bayi yang disorong seperti dilihat di dalam foto juga dipenuhi cetakan Logo FF.

Foto -Instagram/Kyliejenner

Tularnya foto itu menerusi akaun Instagram Kylie Jenner kemudian membawa kepada perkhabaran bahawa label retro itu sudah kembali dengan koleksi kapsul FF yang menawarkan seleksi helaian busana dan aksesori dihiasi logo FF buat si peminat fesyen yang mementingkan stail serta aura mewah.

Terkini, ramai bintang Hollywood lain yang dirakam mengelilingi kota New York dengan busana-busana dari koleksi kapsul itu termasuklah usahawan dan ikon fesyen Chiara Ferragni, Bella Hadid, Gigi Hadid, Rosie Huntington White, Jennifer Lopez dan ramai lagi.

Fakta Menarik Tentang Fendi & Logo FF

Buat kamu yang masih pusing tentang asal-usul Fendi, ia merupakan jenama fesyen Itali mahsyur yang dibangunkan di kota Rom oleh sepasang suami isteri bernama Adele and Eduardo Fendi sekitar 1925. Jenama itu kemudian dimajukan oleh lima orang anak perempuan hasil perkahwinan pasangan Fendi sehingga kini.

Karl Lagerfeld yang kini merupakan Pengarah Kreatif bagi Chanel juga berkhidmat untuk Fendi bagi jawatan yang sama.

Untuk pengetahuan semua, Logo Fendi FF yang terpampang megah pada setiap helaian koleksi Kapsul FF kali ini adalah disunting dari gaya rekaan Fendi era 1965 -menampilkan dua huruf “F” ditindih membentuk segi empat. Fendi adalah jenama fesyen ulung yang fokus kepada penghasilan item fesyen yang berasaskan material bulu binatang serta kulit binatang asli.

Sumber: Pinterest

Komen Anda