Gempar seketika Malaysia dan seluruh dunia apabila Tun Dr Mahathir Mohamad diangkat semula menjadi anggota menteri. Bukan menteri yang biasa-biasa, tapi sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh!
Sekaligus mencatatkan beliau dalam sejarah dinamakan individu pernah menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali dan tertua dunia atas faktor umur beliau yang kini 93 tahun. Hebat penangan Tun Dr Mahathir yang bijak kembali menarik undian para pengundi di Malaysia walaupun sudah 15 tahun meninggalkan dunia politik.
Nama Mahathir Mohamad sudah disebut kembali oleh media antarabangsa yang kebanyakannya menggelarkan beliau sebagai pemimpin tertua di dunia.
Sebelum Tun Mahathir, terdapat beberapa lagi individu penting yang juga membuktikan umur hanyalah angka untuk menjadi seorang pemimpin. Siapa mereka?
#1 Ratu Elizabeth II (92 tahun)
Jawatan: Ratu United Kingdom dan 150 negara lain.
Tidak perlu lagi diperkenalkan siapa lagi beliau, pemerintah United Kingdom dan 150 negara jajahannya sejak tahun 1952 selepas kematian ayahanda, Raja George VI. Beliau ialah pemerintah diraja Britain dan pemimpin wanita paling lama didunia.
#2 Beji Caid Essebsi (91 tahun)
Jawatan: Presiden Tunisia
Memegang jawatan presiden sejak tahun 2014 lagi pada usia 87. Beliau menang dengan undian tertinggi mengalahkan pihak lawan iaitu presiden paling lama Tunisia, Ben Ali. Buat pertama kalinya, presiden baharu ini memberi hak samarata kepada wanita Tunisia sama seperti kaum lelaki. Malah beliau juga membenarkan wanita Islam mengahwini lelaki yang bukan menganut agama Islam.
#3 Kim Yong-nam (90 tahun)
Jawatan: Presiden Korea Utara
Jangan ingat Kim Jong-un Presiden Korea Utara beliau adalah pemimpin tertinggi dan jawatan presiden telah diberikan kepada Kim Yong-nam. Sebelum diangkat sumpah menjadi Presiden Korea Utara, Yong-nam pernah ditugaskan sebagai Menteri Luar Negeri. Beliau dilabel sebagai individu yang berkaliber, bijak dan amat penting disebalik Korea Utara.
#4 Sheikh Sabah IV Ahmad Al-Jaber (88 tahun)
Jawatan: Amir (Penguasa) Kuwait
Digelar sebab ‘Bapa Kemanusiaan Antarabangsa’ dengan memberi bantuan sebanyak $500 juta kepada mangsa peperangan Syria pada tahun 2015. Amir Sheikh Sabah sering menjadikan Kuwait sebagai ‘orang tengah’ dalam penyelesaian apa jua permasalahan seperti diantara Pakistan dan Bangladesh, perang saudara Lubnanm krisis Qatar dan banyak lagi.
#5 Dame Marguerite Pindling (85 tahun)
Jawatan: Ketua Kerajaan Bahamas
Beliau mungkin kurang dikenali tapi setaraf dengan Ratu Elizabeth iaitu pemimpin wanita tertua di dunia. Mendapat pelbagai pingkat dan anugerah pengiktirafan dari Ratu menjadikan beliau seorang yang berkaliber dalam kumpulan pimpinan Bahamas.
#6 Sir Colville Young (85 tahun)
Jawatan: Ketua Kerajaan Belize
Sudah menjadi ketua kerajaan selama 23 tahun dan pemerintah kerajaan Komanwel paling lama! Colville Young amat menyukai muzik terutamanya muzik tempatan dan sehingga kini pendidikan muzik sebagai mata pelajaran di sekolah-sekolah Belize. Bukan sahaja sebagai ketua kerajaan, Colville turut mengeluarkan pelbagai buku dari penulisannya.
#7 Paul Biya (85 tahun)
Jawatan: Presiden Cameroon
Selepas memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Paul Biya terus melangkah sebagai Presiden Cameroon pada 1982. Beliau kini antara pemimpin (Perdana Menteri dan Presiden) paling lama di Afrika serta Afrika Sub-Sahara selepas Robert Mugabe letak jawatan. Walaupun diterima banyak kecaman dan fitnah dari parti pembangkang tentang kepimpinan beliau tapi Paul Biya tetap bertahan dengan jawatan beliau.
#8 Maharaja Akihito (84 tahun)
Jawatan: Maharaja Jepun
Maharaja Akihito akan menamatkan takhta beliau rasmi pada 30 April 2019 dan menamatkan zaman Heisei serta-merta. Keluarga diraja Jepun pernah digelar sebagai ‘robot’, padahal Maharaja teringin sekali untuk berdamping dekat pada rakyatnya. Beliau pernah menjalani pembedahan kanser prostat, pneumonia (jangkitan kuman pada paru-paru) dan jantung. Kisah cucuanda Maharaja Akihito mendapat perhatian media kerana ingin berkahwin dengan rakyat biasa.
#9 Michel Naim Aoun (83 tahun)
Jawatan: Presiden Lubnan
Berpengalaman sebagai Menteri Pertahanan, Perdana Menteri dan kini Michel Aoun menjadi Presiden Lubnan sejak 2016. Pernah terlibat dalam pelbagai peperangan termasuk perang saudara Lubnan dan paling terbesar mengisyiharkan perang terhadap Syria pada 1989.
Bila dikira semula, tinggal lagi 7 tahun sahaja Tun Mahathir akan menginjak ke usia 100 tahun. Semoga beliau diberi kesihatan yang berpanjangan. Amin!