Makanan

Nak Anak Bijak Pandai Macam Tun Mahathir, Amalkan Makanan Ni…

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Nak Anak Bijak Pandai Macam Tun Mahathir, Amalkan Makanan Ni…

Pada usia 93 tahun, Tun Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri ke-7 Malaysia, sekaligus diiktiraf sebagai pemimpin tertua di dunia oleh Guinness World Records.

Bayangkan di usia emas, beliau masih mampu bekerja malah setiap tutur kata dan percakapan ketika sesi sidang media amatlah lancar, terang dan jelas, bahkan boleh berbahasa Inggeris dengan cemerlang. Kita yang mendengar cukup kagum melihatnya, sehingga terlintas di minda, apa yang Tun makan sehingga boleh menjawab setiap soalan para wartawan dengan begitu baik sekali. Yang pasti beliau mengamalkan diet yang strict dan tidak makan makanan sesuka hati.

Foto – UC Berkeley News

Jika anda mahu anak anda membesar seperti Tun Mahathir yang bijak pandai, amalkan beberapa makanan yang dapat merangsang kecerdasan otak yang boleh diamalkan sejak kecil lagi. Semua ibu bapa pasti berharap anak mereka memiliki otak cerdas dan berbakat. Jadi, mulakan dengan pemakanan yang seimbang dan mengandungi khasiat bagi meningkatkan kecerdasan otak seawal usia muda.

Madu
Foto – AzerNews

Salah satu makanan terbaik untuk otak adalah madu. Madu merupakan campuran vitamin, zat mineral, bio-hormon serta enzim yang dapat merangsang kerja otak dan membantu anda fokus lebih baik serta mengusir tekanan.

Ikan

Ikan dan makanan laut juga sangat baik untuk otak. Makanan ini mengandungi pelbagai asid amino yang bertanggungjawab merangsang rembesan noradrenalin dan dopamin. Pelbagai makanan laut juga dikenali mampu merangsang perkembangan otak.

Pisang
Foto – South China Morning Post

Pisang sangat baik untuk otak. 100g pisang boleh membekalkan tubuh dengan kira-kira 1.7mg serotonin yang berguna meningkatkan kemampuan otak untuk menumpukan perhatian. Serotonin juga dikenali sebagai hormon yang mencetuskan rasa bahagia. Satu atau dua ulas pisang setiap hari diyakini boleh meningkatkan prestasi otak.

Limau

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi S.A.W.

Buah Delima

Untuk penerang hati. Sabda Nabi S.A.W, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Kismis
Foto -Calorie Secrets

Kismis sarat akan glukosa dan fruktosa yang mampu meningkatkan penyerapan vitamin sehingga bermanfaat untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh anda. Ia menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa. Kismis juga dapat meningkatkan keupayaan untuk menghafal.

Telur

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus.

Susu
Foto – Taste

Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar penyakit lupa yang berkesan. Rasullullah S.A.W menerangkan susu boleh menguatkan belakang, untuk akal fikiran, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa.

Blueberi

Blueberi mengandungi antioksidan dan fitokimia yang meningkatkan pembelajaran pemikiran dan ingatan. Serta mengurangkan kerosakan sel-sel otak.

Minyak Zaitun
Foto – Olivia Olive Oil

Minyak zaitun adalah makanan yang berkesan untuk mencegah penyakit alzheimer dan nyanyuk. Makanan tersebut menggalakkan pertumbuhan sel-sel otak, seterusnya meningkatkan fungsi otak termasuk daya ingatan. Cuba minum sesudu minyak minyak zaitun setiap hari.

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 12

Komen Anda