Para peminat fesyen tempatan pasti akan berpuas hati dengan 25 koleksi idaman dari dua pereka terkemuka Dato’ Jovian Mandagie dan pereka Indonesia, Ivan Gunawan.
Koleksi ini menjanjikan silhoutte yang baru, pemilihan fabrik unggul, perincian yang unik dan potongan dramatik bakal menjadi pilihan setiap si tegar fashionista. Keluaran koleksi Jovian Mandagie x Ivan Gunawan ini juga bakal keluar menjelang Aidilfitri.
Cetusan idea Dato’ Jovian serta Ivan dapat dilihat dalam perincian seperti capes, potongan reben didada, lengan kembang dan lapisan fabrik menggantikan sulaman manik.
Rekaan penuh busana pula memaparkan kemewahan gaya wanita moden walaupun dalam keadaan minimal dan bersederhana. Diselitkan juga aura lembut dari mainan warna serta karakter dalam setiap helaian.
Harga keluaran koleksi ini amat berpatutan dan boleh dimiliki sesiapa sahaja dari harga RM360 hingga RM550. Malah ia boleh didapatkan empat buah negara Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Terus sahaja ke J Store atau melaui atas talian www.jovian.com.my/shop atau Zalora Malaysia.