Tips - Kecantikan

Wajib Tiru! Helah Cantik Dan Kulit Segar Pramugari Yang Orang Tak Tahu

Izzah Azizah
/
Beauty Enthusiast. Instagram: @izzahabaziz
Wajib Tiru! Helah Cantik Dan Kulit Segar Pramugari Yang Orang Tak Tahu

Rentak berjalan yang penuh dengan keyakinan begitu juga dengan senyuman mesra dilemparkan kepada para penumpang memberi suatu aura luar biasa. Kerjaya sebagai pramugari tampak mudah tapi individu yang memegangnya sahaja yang tahu betapa pancar robanya.

Mempunyai disiplin yang harus ditekankan, menjaga keselamatan dan menyediakan kelengkapan buat penumpang dan juruterbang bukan kerja senang. Mereka kena sentiasa memastikan semua berjalan lancar demi keselesaan penerbangan.

Foto – malaymail.com

Pramugari juga bukan sahaja berdedikasi dalam tugasan tapi penampilan mereka juga. Bagaimana agaknya mereka kekal cantik dalam kesibukan bekerja? Tipu kalau anda tidak cemburu dengan kecantikan beauty squad ini…

#1 Kekal Hidrasi

Kerap berada di udara boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan badan mudah letih. Para pramugari amat mengawal ketat tentang isu hidrasi. Mereka sering membawa botol air dan memastikan minum air berlitter banyaknya. Hidrasi sangat penting buat si pramugari sebagai aspek utama dalam kecantikan mereka.

Foto – Step To Health

#2 Penggunaan Serum dan Pelembab

Tidak pernah tinggal dari hari pertama penerbangan. Serum dikatakan amat baik untuk mengunci kelembapan semulajadi kulit dan dari krim pelembab. Pramugari juga menggunakan krim pelembab lebih pekat atau deep moisturizer. Malah pada waktu malam atau tidur mereka memakai krim pelembab lebih banyak dan tebal untuk mengembalikan kelembapan kulit.

Foto – Renee Rouleau Blog

#3 Pelindung Matahari

Berada didalam pesawat juga pramugari pakai krim pelindung matahari. Sebelum ini Wanista pernah tegaskan tentang kebaikan sunscreen, boleh baca disini. Walaupun tidak berada diluar, cahaya dari lampu juga buat mereka berhati-hati tentang kesan pigmentasi. Tanpa kita tahu, tingkap kapal terbang tidak punya alas tinted dan cahaya matahari boleh merosakkan kulit menerusi darinya.

Foto – shutterstock.com

#4 Mekap Jenis Krim

Bagi mengekalkan mekap untuk tahan lama, kebanyakan pramugari menggunakan produk mekap dari jenis krim. Bukan apa, produk dari jenis krim mudah ditanggalkan, dipakai semula dan tidak memerlukan banyak berus, guna jari pun boleh! Produk wajib yang ada adalah concealer untuk menutup parut dan lingkaran gelap bawah mata.

Foto – Surface 85

#5 Kuasa Lip Gloss dan Lip Tint

Memakai gincu matte buat bibir boleh nampak kusam dan kering setelah beberapa jam dan dipakai semula. Lupakan gincu matte seketika, pramugari lebih suka mengoles lip gloss dan lip tint bagi bibir nampak sihat, bermaya dan lembab sentiasa.

Foto – soapqueen.com

No wonderlah kulit pramugari nampak berseri dan sihat jer. Rahsia mereka banyak kepada hidrasi.  

RUJUKAN 1 & 2

Komen Anda