Rata-rata peminat penyanyi bersuara lunak Sam Smith sudah jelas dengan identiti dia iaitu seorang gay dan sekarang sedang hangat bercinta dengan aktor muda Brandon Flynn.
Aktif dalam kegiatan berteraskan ‘LGBT’, Smith yang berusia 26 tahun tampil pula dengan gambar yang mengejutkan peminat dengan berpakaian seperti wanita!
Gambar tersebut dimuatnaik melalui akaun Instgaram miliknya dengan mendapat 1.2 juta likes.
Lengkap dengan kot labuh berwarna merah dan memakai kasut tumit tinggi jenis pump berkilau. Ditangannya pula memegang kipas berwarna bendera rasmi untuk kaum LGBT.
Menariknya lagi, melalui kapsyen yang ditulis ‘Come on baby, we’re gonna paint the town‘ yang bermaksud ‘Mari sayang, kita akan warnakan banda ini’. Kata-kata ini seumpama mengajak kaum LGBT yang lain supaya tidak takut lagi untuk mendedahkan identiti mereka.
Namun ada yang ramai yang meninggalkan komen yang kurang puas hati dan tidak berkenan dengan penampilan Sam Smith dalam gambar tersebut. Ada juga yang terkejut dan meminta Sam untuk tidak berpakaian seperti wanita lagi.