Tips - Kesihatan

Bahagian Intim Anda Berbau, Ini Sebabnya…

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Bahagian Intim Anda Berbau, Ini Sebabnya…

Kini wanita moden lebih prihatin tentang penjagaan peribadi. Kecantikan bukan sahaja pada luaran semata-mata malah kebersihan dalaman turut mempengaruhi penampilan mereka. Ada wanita yang mengambil berat tentang penjagaan luaran tetapi pembersihtan anggota dalaman acap kali diabaikan, contoh paling tepat adalah kebersihan alat sulit yang adakalanya tidak diendahkan.

Pernah terjadi bahagian alat sulit mengeluarkan bau kurang senang sehingga menyebabkan ketidakselesaan, kenapa agaknya? Yang pasti masalah bau di bahagian itu semenagnya tidak menentu, tetapi apa yang menyebabkan ianya berbau?

Ini sebabnya…

Peluh. Pelbagai jenis makanan yang anda makan mempunyai pengaruh yang besar terhadap bau peluh yang dihasilkan. Apabila kawasan Miss V berpeluh, secara tidak langsung boleh mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, Jadi, pemilihan seluar dengan jenis yang betul (menyerap peluh) baik untuk mengelakkan kelembapan yang berlebihan menyebabkan bau di tempat ini.

Foto – Tribunnews.com

Kitaran haid. Perubahan hormon dalam badan yang berlaku sebelum dan semasa haid menjadi salah satu punca terjadinya bau yang tidak menyenangkan di sekitar organ seks anda.

Foto – Sex & U

Jangkitan. Apabila anda mengalami bau yang sangat kuat di kawasan Miss V (biasanya disebabkan keputihan, gatal-gatal, dan kerengsaan), sudah tiba masanya untuk anda lebih berwaspada. Ini mungkin disebabkan oleh kulat atau bakteria yang berkembang di organ seks anda, yang mengubah keseimbangan pH sehingga menyebabkan jangkitan dan bau.

Foto – women-info.com
Cara nak pulih dengan amalkan makan…

Jus kranberi. Sarat dengan sebatian asid yang melawan bakteria jahat, jus kranberi dapat membantu anda mencegah dan melegakan jangkitan saluran kencing. Kalau boleh amalkan minum jus kranberi yang semula jadi, dan bukannya tambahan gula.

Foto – Organic Facts

Buahan-buahan seperti oren dan kiwi. Buah jenis ini mempunyai manfaat Vitami C yang membantu staina dan mengekalkan kebersihan Miss V dengan membuang radikal bebas yang mengganggu kesihatan seksual yang normal.

Foto – Massage Magazine

Yogurt. Ia mempunyai bakteria baik yang membantu usus melawan bakteria jahat. Makan yogurt lebih kerap boleh membantu menyingkirkan jangkitan yis pada vagina yang membawa kepada bau busuk.

Foto – Creative Green Living

Selamat Beramal!

RUJUKAN : & 2

BACA  Badan Langsing Selepas Beranak, Miranda Kerr Minum Jus Saderi Setiap Pagi