Resipi

Resepi Candy Kelapa Untuk Tetamu Di Aidilfitri

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Resepi Candy Kelapa Untuk Tetamu Di Aidilfitri

Hi korang! Musim-muism nak dekat Ramadhan ni mula lah ramai yang mencari resepi kuih raya betul tak? Tapi tak semua biskut raya yang sesuai untuk tetamu kita.

IKLAN

Khas untuk tetamu warga emas korang yang mungkin sukar untuk mengunyah makanan kerasa seperti biskut, ini Wanista kongsikan resepi candy kelapa coklat!

Bahan:

  • 250mg butter
  • 700gm gula pasir
  • 4 sudu besar serbuk koko
  • Coklat Ovaltine
  • 1 biji kelapa parut (kalau kelapa kecil buat 1 1/2 biji)
  • 1 sudu kecil asen vanila

Cara:

1. Campur semua bahan dalam kuali, kacau atas api sederhana perlahan smpai likat.

2. Agak-agak bila sudah boleh digentel atau di potong, boleh tuang dalam loyang dan ratakan untuk sejukkan sedikit sebelum digentel bulat.

3. Jika hendak candy kelapa yang berbentuk “bite size”, boleh ratakan dalam loyang dan potong setelah sejuk nanti.

Selamat mencuba!

IKLAN