Bila berbicara tentang artis Hollywood, gahnya kehidupan mereka itu umpama mereka adalah segala-galanya! Tak kurang, ramai peminat fanatik yang sentiasa menunggu masa untk menyambar mereka bila ada peluang. Mungkin sebab itulah, mereka sentiasa perlu diawasi setiap masa, lebih-lebih kala berada di tempat awam agar keselamatan sentiasa terjaga sekaligus mengelakkan sebarang risiko ‘diserang’ peminat.
Selain memiliki tubuh sasa dan air muka yang menakutkan, ada beberapa orang selebriti wanita ini yang sering dilihat berdampingan dengan ‘anak ikan’. Apakah rupa juga merupakan salah satu syarat istimewa untuk menjadi bodyguard kepada bintang pujaan ramai?
Wanista senaraikan beberapa bintang yang kerap berdampingan dengan lelaki perfect 10 yang rupanya cuma pengawal peribadi mereka.
#1 Adele
Wow! Walaupun tidak berambut, pengawal peribadi Adele ini memang ternyata kacak! Sudahlah tinggi lampai pula tu. Pandai Adele pilih, hehe. Tapi kalau tengok bentuk muka lelaki ini, dia ada iras-iras seperti rupa orang perancis. Mungkin kerana keningnya yang ‘garang’ tu. Apa pendapat korang?
#2 Lady Gaga
Masih lagi berkarakter kepala gondol yang jadi pilihan kebanyakan selebriti popular ini. Pengawal peribadi yang bekerja untuk Lady Gaga adalah salah seorang yang sering menjadi perhati gadis-gadis diluar sana. Kalau dilihat betul-betul, lelaki ini mempunyai sepasang mata berwarna biru terang. OMG!
#3 Britney Spears
Memang sudah menjadi lumrah bagi seorang pengawal peribadi memiliki karakter yang sukar hendak senyum kan? Bila tak senyum pun dah nampak macho macam ni, apa lagi kalau dia senyum. Mau pengsan kiat dibuatnya! Nampak gaya, masa sekolah dulu lelaki ni mesti pemain rugbi.
#4 Katie Holmes
Siapa sangka aktres ini ada pengawal peribadi kacak yang sentiasa melindunginya. Sasa, berambut lebat dan berjambang. Agak-agak dia ini sudah berpunya ke belum?
#5 Ariana Grande
Okay, kita faham. Cita rasa Ariana Grande mungkin yang berwajah ‘jambu’ sebegini. Boleh tahan comel!
#6 Jennifer Lawrence
Walaupun telinga capang, handsome tetap handsome okay! Sasanya badan dia sampai urat tangan pun timbul tu. Perempuan mana je yang berdegup jantung bila berdepan dengan lelaki macam ni. Manalah Jennifer Lawrence dapat pengawal peribadi yang kacak macam ni. Jealous!
#7 Katy Perry
Entah kenapa, sekali pandang macam pemain bola pun ada lelaki ni. No offence, memang kacak pengawal peribadi Katy Perry! Kalau dia senyum atau gelak mesti buat hati kita semua luluh.
#8 The Kardashians!
Lain daripada yang lain, nampaknya jejaka tampan yang memiliki air muka Cina ini adalah pengawal peribadi yang kerap mengawasi adik-beradik Kardashians! Dari Kim, Kourtney hinggalah kepada Kylie Jenner, empunya nama Tim Chung atau lebih selesa dipanggil Tim C ini bisa membuatkan ramai wanita cair!
Jika kamu ingat lagi, Tim C inilah yang sering digosipkan dengan Kylie sejak awal bulan ini kerana ramai menganggap bapa sebenar kepada bayi sulung Kylie iaitu Stormi bukanlah Travis Scott sebaliknya, adalah anak hasil hubungan Kylie dengan Tim C dek kerana memiliki bentuk mata yang ‘sepet’. Kesian, tak pasal-pasal Tim ni kena gosip.
Kalau korang nak tahu, Tim C ni juga seorang polis dan model sambilan. Fuhhh! Kalau tak percaya boleh cuci mata di Instagram di [instagram.com/timmm.c]
Menurut kamu, pengawal peribadi bintang Hollywood mana yang paling kacak? ❤
RUJUKAN