Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling meriah kerana kita semua bakal nikmati hidang berbuka yang beraneka macam istimewa disediakan dengan penuh kasih sayang. Lebih istimewa andainya menyediakan lauk-pauk sendiri di rumah kerana kita boleh mengawal sumber bahan yang digunakan mengikut cita-rasa. Maklumlah, beli lauk-pauk di gerai atau bazar Ramadhan kadang-kala indah rupa dari rasa.
Justeru, jom penulis senaraikan resepi mudah yang boleh kamu cuba bersempena bulan puasa yang akan menjelma beberaap hari sahaja lagi!
Gulai Daging Salai Cili Api Dengan Belimbing
- 7 butir cili api
- 3 biji bawang besar
- 6 butir bawang putih
- 3 batang serai dan 4cm kunyit hidup
- 4cm halia
- 1/2 belimbing muda (dibuang biji)
- 1 camca teh serbuk kunyit dan dua cawan air
- 1 cawan santan
- 1 cawan krim kelapa
Cara:
1. Perap ayam dengan kunyit dan garam selama satu jam.
2. Panaskan periuk dan masukkan sabut kelapa di dalamnya. Sambil itu, letak jaring besi di atas periuk tersebut untuk mula menyalai daging. Salai daging tanpa menggunakan minyak. Sabut kelapa apa bila dipanaskan akan mula keluarkan banyak asap oleh itu pastikan daput anda mempunyai sistem mengaliran udara yang sistematik.
3. Hiriskan smeua bahan-bahan seperti cili, bawang, kunyit, halia dan serai. Hancurkan dalam pengisar sehingga jadi pes.
4. Potong belimbing (hiris tebal), dan renih air dalam periuk lalu masukkan serbuk kunyit bersama pes tadi.
5. Apabila mendidih, masukkan santan dan belimbing. Perlahankan api. Boleh makan gulai ini dengan nasi panas!
Pisang Manis Bersama Campuran Beri & Kuah Butterscotch
- 2 biji pisang
- 30g gula perang
- 30g butter
- 1 batang biji vanila
- 50g spaghetti yang sudah dimasak
Bahan untuk sirap campuran berry:
- 20g butter tanpa garam
- 30g gula perang organik
- Secubit serbuk kayu manis
- 2 cawan beri campuran (blackberries, raspberries dan blueberries)
Bahan untuk kuah butterscotch:
- 40g gula perang organik
- 30g butter
- 90g krim putar
- Secubit garam
- 1 batang biji vanila
1. Cairkan satu sudu butter dalam kuali tidak melekat. Goreng hirisan tebal pisang untuk sebelah permukaan sahaja.
2. Tabur gula perang di atas kedua-dua bahagian permukaan pisang dan biar ia garing. Angkat dan letak di atas pinggan bersih.
3. Cairkan 70g butter dengan gula dalam periuk lain, setelah cair, tambahkan krim dengan biji vanila segar yang dihakis daripada batangnya. Kacau sehingga sebati bersama lali, panaskan periuk tersebut dan tambah garam.
4. Panaskan minyak, goreng pasta guna minyak penuh dan toskan.
5. Susun pasta bersama pisang lalu curahkan kuah karamel tadi di atasnya. Nikmati sebgaai pencuci mulut!
6. Untuk lebih rasa keenakkan, makan dengan satu skop ais krim vanila!
Selamat mencuba! ❤