Makanan

Kenapa Sakit Perut Bila Minum Susu Dan Makan Keju?

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Kenapa Sakit Perut Bila Minum Susu Dan Makan Keju?

Pelik bila ada yang mengadu sakit perut atau buang air besar kerap selepas mengambil susu dan keju. 

Kenapa ada yang okay dan ada pula yang langsung terpaksa berpantang dari produk tenusu. Bukan sahaja sakit perut malah boleh mual, muntah-muntah, kentut berpanjangan, cirit-birit dan perut kembung. Hebat ya penangan susu dan keju sampai begitu sekali boleh jadi.

Jadi apa alasan sebenar yang ada pada produk susu sehingga boleh menyebabkan si pemakan boleh jatuh sakit?

Produk tenusu seperti susu, keju atau apa sahaja yang diperbuat dari susu mempunyai laktosa. Ia adalah pemanis asli yang dijumpai dalam susu dan produk tenusu lain. Badan akan mengeluarkan enzim yang dipanggil laktase untuk mengurai laktosa menjadi lebih kecil bagi memudahkan pencernaan dan digunakan sebagai tenaga.

Foto – Hello Giggles

Pada anda yang sakit perut kerana anda mengalami inteloransi laktosa bermaksud tubuh anda tidak dapat mencerna laktosa. Mereka yang kekurangan enzim laktase akan mengalami ketidakselesaan tapi itu bermaksud anda alergik pada susu.

Anda tak perlu berhenti minum susu atau berpantang kerana laktosa amat penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium amat penting bukan sahaja kanak-kanak malah pada orang tua juga bagi mengelakkan penyakit tulang osteoporosis.

Tips paling baik untuk anda si interloransi laktosa?

  • Boleh, anda boleh untuk minum susu atau makan keju tapi dengan pengambilan yang sedikit.
  • Campurkan air putih kedalam susu untuk mengurangkan kandungan laktosa.
  • Jangan minum susu sewaktu perut kosong.
  • Memakan yogurt untuk menggantikan susu, kerana yogurt rendah laktosa.
Foto – Reader’s Digest

Jangan takut nak minum susu yang lepas ini ya, kena takut kalau badan tak cukup kalsium. 

Komen Anda